Thursday, October 30, 2008

dunia umpama neraka hidup ibarat layang-layang

mana nak dapat ayat macam tue.... senang je cantumkan kesemua huruf depan...
sebenarnya hidup kita nie penuh bermakna tapi kita tak sedar dan tidak cuba ambil tahu..
dah lama tak update blog sendiri... sebabnya sendiri cari masalah.. nak salah kan orang lain memang tak patut... belajar dari kesilapan sendiri amat memberi seribu makna dalam hidup ini...
dunia ini hanyalah sementara sahaja... jadi berusaha untuk mendapatkan yang ada di dunia... dan tidak lupa akhiratnya..... bila diberi kebebasan lupa akan diri sendiri... tanpa persediaan yang rapi manakan kita dapat rasa manisnya.... saya sendiri terasa diri ini dah terlalu manja sangat..... padahal banyak masa dah terabai... mana nak cari kesedaran kalau tak terhantuk... inilah dia insan yang bergelar manusia... ada satu cerita nak dikongsikan bersama... certanya seorang yang pemuda remaja memulakan kehidupannya... dia keluar dari kampung dan berhijrah ke bandar untuk meneruskan hidupnya selepas tamat sijil penilaian malaysia... bekerjala dia sebagai seorang penjaga pam minyak..... dan malamnya sebagai housekeeping di hotel yang berdekatan.... hidupnya hanyalah untuk melihat bagaimana indahnya memiliki wang yang banyak ..... banyak pada usia mudanya.... selepas 2 bulan bekerja alhamdulillah dia dapat merasakan bagsnya kalau duit banyak.... dalam usia yang muda dia tak pernah terfikir untuk menyimpan tapi hanya tahu menghabiskan duit dengan berjalan ke serata tempat.... kelantan ... penang... kedah.... perak... terengganu.... bagi dirinya bukan minat sangat pada travel tapi hanyalah merasakan apakah perbezaan budaya yang di khabarkan sewaktu sekolah.... indah rupanya khabar yang telah disampaikan cikgu dia.... setiap negeri yang beliau sampai loghat pun tak sama dan sambutan pun berlainan..... itulah kepuasan diri remaja yang berusia 18 tahun ini.... setelah bekerja berhempas pulas dia tidak lupa akan dirinya untuk menjadi seorang yang terpelajar.... jadi dia melanjutkan pelajarannya didalam bidang kejuruteraan telekomunikasi.... semangat berkobar dia amat dikagumi oleh kawan-kawan..... seorang yang petah berkata-kata... berani dan bersemangat..... dalam usaha dia meneruskan pelajaran .... dia merasakan dia perlu bekerja untuk mendapatkan duit tambahan...... dia telah berjaya mendapatkan kerja sambilan di sebuah kilang yang berdekatan dengan tempat mencari ilmunya.... pendapatnya dia nak rasa duit belanja sedikit .. jika ada lebih boleh la berjalan-jalan...... gajinya 12 jam bekerja RM40 sahaja.... pada asalnya tidak lah hari2 ..... tapi semakin lama semakin rajin.... semangatnya untuk memiliki wang sakunya sendiri sangat kuat sejak dari bangku sekolah.... semasa di bangku sekolah dia bekerja cuci pinggan di dewan makan sekolah.... hanya untuk beberapa rggt sahaja.. dulu dia bersekolah di sebuah sekolah berasrama penuh agama.... begitulah jiwanya pada zaman yang boleh dikatakan maju juga kerana didalam lingkungan tahun...2000..... pada masa itu heboh dengan Y2K.... tapi sebenarnya hanyalah mainan shaja untuk keuntungan tertentu.... dia seorang yang rajin ke pondok ketika cuti persekolahannya.... belajar kitab lama adalah minat beliau pada ketika itu.... begitulah serba sedikit ketika di bangku sekolah..... sekarang entah mana lah pondoknya dulu.... tapi masih lagi pergi dan melawat tuan guru dia..... setelah bekerja berhempas pulas... dapat dia simpan duit yang banyak.... pandai la juga dia berdikit untuk berbelanja.... dalam masa yang sama dia telah pun membeli motosikal kegemarannya haaa RXZ.... bagus kata dia.... puas la hati dia .... dia pun tak pernah hilang minatnya dalam travel.... dia pun ke s'pore... untuk makan angin.... habislah semester pertama begelar student.... dia nie bagus belajar .... masuklah semester kedua..... semasa semester ke-2 dia terjumpalah buah hati untuk dirinya..... nie namanya cinta monyet..... bermulalah babak cinta buta yang tak tahu apa si dia nie.... tak nampak tanah kalau berjalan dah..... dia berkenalan dengan si mek kelantan.... alahai comelnya..... suka lah hatinya maklumlah tak pernah ada buah hati sebelum nie.... orang kata cinta pertama.... first love alamak..... dia masih lagi rajin bekerja.... pada suatu hari dia dapat tahu yang si mek nie keluar dengan orang lain katanya sepupu.... tapi tak lah bodoh si dia nie.... cekap juga lah.... suatu hari dia tak pergi kerja dan mengintai si mek kesayangannya.... alangkah terkejut dia nie.... si mek pegang-pegang tangan dengan sepupu main tampar-tampar lagi..... allahhuakhbar...... sakit hati si dia.... kecewa tak terkata.... dia terus menjauhkan diri dari si mek nie.... dengan hati yang pasrah.... tapi dia nie tak kuat juga hatinya .... kalah juga dengan perempuan ..... ish2 malulah.... itu menunjukan betapa sayangnnya dia kat si mek nie.... yang tak sedapnyanya sampai ganggu pelajaran dia ini... tak pergi kelas..... tak kerja..... ish2..... kesian... kecil hati si dia.... ada orang kata dayus... tapi nak buat macam mana manusia tak samakan ... kesian lah kat si dia nie...... yang malangnya dpat surat di berhentikan belajar...... ish.... nie namanya dah jatuh ditimpa tangga..... apalah yang si dia nie nak tak tau.... bermulalah zaman kehancuran dia.... dia mula melibatkan diri dengan lumba haram sebagai punca kewangan.... terlibat dengan gangtser yang berada di lembah klang.... ish kesian pada si dia apalah nak jadi.... dia terlalu pasrah dah tidak dapat menerima kenyataan.... bagu si dia nie.... setia tapi tak bertempat.... teruknya si mek tue..... sampai lah satu tahap dia dipanggil oleh abangnya untuk pulanh ke pekan.... dia pun tak menolak kerana dia dah terasa yang dirinya dah tersasar jauh.... sampai di pekan dia... diarahkan hanya duduk di ofis abgnya.... senag cerita lepak lah.... dia akur dengan abgnya ... kerana dia nie amat menghormati adik beradik sendiri..... abgnya.... tak mengarahkan untuk buat apa-apa kerja selain hanya duduk tidur makan saja..... bosan juga dia rasa.... sampai sebulan lamanya..... suatu hari abgnya bawa si dia untuk beli baju.... baju si dia adui ai kusut masai... tak hensem pula ...... kesian nasib si dia..... abgnya belikan baju kemeja untuk si dia dan seluar...... betapa sayangnya abg pada adik..... si dia.... hanya menurt sahaja..... bermulalah episod dan hidup barunya setelah memakai satu sut baju kemja dan seluar yang kemas dengan tai sekali...... barulah nampak segak.... dengan potongan rambut yang baru..... bulan pertama untuk dia memulakan kerja...... kerja pertamanya hanya hantar invois ke slah sebuah institusi kerajaan.... si dia memulakan semangat baru dengan penuh cemerlang alahai kerja senang..... setelah seminggu dia diarahkan untuk berjumpa dato' ahmad salah seorang pengarah ...... untuk memberi penjelasan mengenai projek yang bakal dijalankan.... projek pembersihan sekolah dan membaik pulih tandas..... nilainya RM350k.... eh terkejut si dia..... kenapa aku yang kena dalam hatinya..... betapa percaya abg si dia terhadapnya..... semangat yang ada di dalam diri dia membuatkan dia kuat dan kental kembali seperti dulu..... dia pun terus ke institusi kerajaan tersebut untuk meneruskan agenda dia..... berjumpalah dengan dato' tersebut.... kepetahan nya dalam bercakap membuat kan dato' tertarik dan terus meluluskan projek tersebut.... itulah yang si dia tak sedar dalam hidupnya.... masih tertanya2.... tapi kenyakinan di dlam diri sangat kuat dan semakin hari semakin kuat..... sehingga lah si dia terfikir untuk membuka perniagaannya sendiri.... si dia pun berjumpa lah dengan abgnya dan memaklumkan hasrat hatinya...... abgnya memang dah tahu akan kebolahan si dia cuma tak mahu menerangkan dengan hasrat si dia belajar dan belajar.... atas semgat yang waja.... si dia di beri peluang untuk membuka syarikat percetakan pad asalnya hanyalah dengan menjadi orang tengah shaja sebab si dia tidak ada mesinnya sendiri.... sekali lagi si dia berjaya membuat kejutan yang agak besar pada dirinya.... dia hari-hari belajar nama kertas... jenis kain.... harga pasaran.... kecekapan nya sesuai pada tempatnya....... bermula dengan sekolah si dia sendiri hinggalah ke peringkat institusi kerajaan yang kecil dan besar..... berjaya dan terus berjaya itulah usaha si dia yang gigih.... si dia berjaya membeli mesin percetakan nya yang sendiri yang hanyalah mesin yang lama sahaja..... suatu pagi ketika si dia bangun dari tidur si dia diarahkan oleh abgnya untuk ke pejabat kerajaan dan membincangkan mengenai penghantaran pelajar ke mesir dan jordan.... si dia pergi dengan penuh bersemangat.... si dia mempunyai ramai kawan yang dah berjaya melanjutkan pelajaran ke sana semasa di pondok dulu.......... perbincangan tersebut berjaya dan bermulahah projek baru abgnya..... si dia diarahkan untuk bersiap dari segi visa.... ish pelik la si dia.... aku kena pergi ker... kata hati kecilnya.... sememangnya ya jawapannnya.... berangkatlah si dia ke jordan.... bersama-sama 50 org student .... yang terbaiknya si dia nie rupanya pandai cakap bahasa arab skit2.... ish dashyat rupanya.... pelajar yang pergi bersama pun terkejut juga sebab si dia kelihatan muda..... berjumpalah dengan arab jordan yang bernama marwan....dan kawannya untuk menyelesaikan student sehinggalah ke penempatan.... pelajaran baru buat si dia..... dan seterusnya ke mesir... setelah selesai pulanglah si dia.... dan si dia terasa yang dia boleh bertambahlah keyakinan si dia.... setelah pulang si dia di hantar ke mekah, madinah , jeddah,dubai..... ish dasyatlah rezeki murah orang kata....., si dia belajar dan terus belajar.... tugas pertama si dia membawa orang pergi umrah..... ish boleh ker mat rempit nie buat.... genggam bara biar sampai jadi arang....... tidak ada yang mustahil di dalam hidup nie..... setelah tugas segala tugas pulanglah si dia ke tanahair dan meneruskan agenda dan perniaagaannya..... tapi malang tak berbau.... usia yang muda dan masih muda dalam kencah perniagaan si dia gagal kerana unsur-unsrur penipuan .... itulah cabaran perniagaan..... selalunya orang yang jutawan ini pakar helah besar pusingnya pandai tembelangnya.... gagal lah si dia .... setelah beberapa lama abgnya mengalami perkara yang lebih dasyat lagi...... hilanglah segalanya.... abgnya tak pasrah dan terus memulakan yang baru.... si dia telah membawa diri ke kuala lumpur..... kecewalah si dia.... dia merasakan dirinya terlalu bodoh ... kekecewaaan membuatkan si dia tidak mahu berusaha lagi..... mulalah episod baru si dia..... hidup di kuala lumpur bekerjalah sebagai stor keeper.... ish.... semangat kerja yang si dia ada masih tebal.... duiat bukanlah raja kepada kita tapi kehendak dan keperluan kita menyebabkan kita bertungkus lumus mencarinya..... setelah 2 bulan si dia mencari alternatif lain... si dia mencuba pelbagai temuduga dengan membawa Sijil Pelajaran Malaysia.... sehinggalah si dia berjumpa seorang insan yang baik bernama Faisal..... bermulah kerja baru si dia yang melibatkan marketing and harworking you get more..... setelah beberapa tahun bekerja di dalam bidangnya si dia pun teringin sambung belajar kerana terasa susah kalu kerja swasta walaupun gaji si dia agak besar baginya tapi si dia telah berjumpa dengan rakan-rakan yang educated.... jadi si dia sambung lah belajar di sebuah IPTA.... adakah si dia akan berjaya ..... adakah si dia berjaya mengharungi pembelajarannya.... mungkin si dia perlukan bimbingan dari rakn taulan ..... berakhirlah cerita si dia..... cerita ini tidak ada melibat yang hidup ataupun mati.... ini pengalaman si dia..... semoga si dia berjaya di dalam hidupnya kelak..........

'sesungguhnya hati ini akan berkarat sebagaimana besi bkarat apabila terkena air. bila Nabi saw ditanya apa penggilapnya, Baginda saw bersabda banyak kan ingat kepada maut dan baca al Quran'' - hadis riwayat Baihaqi...

Friday, October 17, 2008

wall climbing

alhamdulilah selesai sudah aktiviti wall climbing pada hari khamis di seksyen 13... aktiviti sebegini adalah satu sukan yang agak mencabar dan merbahaya bagi orang yang tidak ada asas... memang seronok tapi berhati-hati... ketinggian didalam 10 meter ... wall climbing boleh dikategorikan kepada expert road... fast road... macam-macam lagi... bergantung kepada road yang telah pun disediakan.... aktiviti sebegini mestilah dikawal oleh yang berpengalaman... jadi pada hari khamis aktiviti ini telah pun di kawal oleh en azizul... seorang pensyarah baru dari fakulti sains sukan.... beliau merupakan national climber yang menggantikan untuk sementara tempat EN Hisyam kerana beliau ada hal yang tertentu... dan pembimbing rekreasi luar... mereka seperti.. MRazmi.. Mrmustakim dan Msslenny... bukan perkara mudah kerana peralatan perlu mencukupi seperti menyediakan abseiling...
antara peralatan yang dibawa:
1.tali kern mantle
2.figure of eight
3.carrabena
4.harness
5.sarung tangan
6.hooves(kasut getah mahal tue...RM300) bukan kasut kebun ok
7.helmet( bukan helmet motosikal) boleh jugak tapi besar tak sesuai
8.tepung tangan...(chalk) bukan tepung gandum..
itulah diantara peralatan abseiling... permulaan belajar teori serba sedikit dan sejarah wall climbing di malaysia... sebelum kita memanjat peralatan ini hendaklah dipasang pada peserta... seperti harness untuk belay(orang yang menjaga peserta dibawah) dan peserta... carrabena pada belay dan peserta... figure og eight pada belay untuk mengawal peserta agar tidak terjatuh ke bawah semasa memanjat... kawalan belay adalah perkara yang mestilah dititik berat dengan memastikan tali yang di tarik tegang dan dengan cekap... kerana sekiranya peserta laju jadi belay hendaklah laju menarik tali... amat melenguhkan tangan... tapi menyeronokan... aktiviti ini bukan untuk lelaki tapi peserta perempuan pun trut boleh melakukan nya .......ada ikatan yang digunakan seperti figure of eight double loop... agak susah untuk yang tidak tahu... pada saya aktiviti ini hendaklah melakukan persediaan yang rapi... antaranya strengh exercise... anda melakukan dari upper body dan lower limb... ada muscle2 tertentu yang anda kena training lebih kerap dari yang biasa... pergerakan anda untuk memanjat mestilah menggunakan kaki dan tangan agar tenaga anda balance... dari segi balancing juga perlu ditik beratkan... jadi ada exercise untuk menguatkan otot anda bagi balance... aktiviti yang menyeronokan ini adalah satu sukan... jadi kekuatan jantung juga amat penting atau kita kata ketahanan jantung... senang tak pancit kata orang.... jadi kita kena lakukan cardio training mungkin lebih kurang 65% dari max hr rate..... bagi yang berminat kita masih ada lagi ramai rakan-rakan untuk membantu dan memberi tunjuk ajar especially dari PERLU... jadi kepada blogawan yang berminat boleh hubungi blog ini... sekian sahaja untuk wall climbing..

Saturday, October 11, 2008

prinsip menjaga kesihatan jiwa atau psikologi

Manusia pada fitrahnya terdiri daripada unsur jasmani badani dan ruhani. Unsur yang pertama itu melibatkan aspek fizikal tubuh badan dan unsur kedua melibatkan aspek jiwa dan kedirian. Setiap aspek ini mempunyai tahap kesihatannya yang tersendiri. Kesihatan jiwa dapat dijelaskan sebagai penyesuaian individu dengan dirinya sendiri dan dengan lingkungan persekitarannya secara umumnya sehingga dia merasai kebahagiaan, kepuasan, lapang dada dan tingkah laku sosial yang sejahtera pada tahap yang maksimun serta berkemampuan untuk menangani dan menerima realiti hidup. Ia berkaitan dengan bagaimana seseorang itu dapat menyesuaikan dengan dirinya sendiri, orang lain dan alam sekelilingnya dan keupayaan memikul tanggungjawab hidup serta menghadapi kesukarannya. Selain itu, kesihatan jiwa meliputi kesediaan seseorang itu menghadapi krisis dan cabaran kehidupan serta rasa kepuasan dan kebahagiaan yang dialaminya. Kebahagiaan itu sama ada dialami oleh dirinya sendiri atau dengan orang lain.
Kesihatan jiwa dapat diukur dengan petunjuk-petunjuk (indikator) berikut:
Dia merasai keamanan dan ketenteraman jiwa melalui aqidah dan ibadah.
Menerima dirinya dengan seadanya, merasai nilai dan harga diri di samping dia menerima dan menghargai kehadiran orang lain.
Kemampuan untuk mengadakan hubungan yang baik dan berkesan dengan orang lain.
Seorang yang realistik dalam melihat kehidupan, menghadapi kesukaran hidup dan kesempurnaan yang dijangka akan dicapai.
Kematangan dalam memberi reaksi seperti berdikari, berkeyakinan, realistik, sabar menghadapi krisis, merasai ketenangan dan kebahagiaan, keupayaan menghasilkan keluaran.
Petunjuk-petunjuk kesihatan jiwa ini didasarkan kepada aspek-aspek yang membentuk diri seseorang itu iaitu aspek kerohanian, kejiwaan, sosial dan biologi. Kesemua aspek ini hendaklah berada di tahap yang seimbang. Seseorang itu dikatakan mempunyai jiwa yang sihat apabila dia dapat menyeimbangkan dan menyelaraskan antara dorongan keempat-empat aspek dirinya. Apabila ini tercapai dia akan menjalani kehidupan yang bertepatan dengan fitrah dirinya yang ditentukan Allah s.w.t. ya’ni aqidah Tauhid. Segala tuntutan-tuntutan yang wujud pada dirinya disempurnakan berdasarkan konsep Tauhid dengan meletakkan diri di bawah kehendak Syari’at. Oleh kerana itu, fitrah ini memerlukan kepada Syari’at yang menjaganya, membajainya dan menyuburkannya. Usaha-usaha ini diselenggarakan oleh Rasulullah s.a.w. yang datang sebagai rasul untuk membimbing manusia dan meletakkan mereka semula di atas landasan fitrah.
Merujuk kepada hadis-hadis Rasulullah s.a.w., terdapat sekurang-kurang tiga pendekatan utama untuk mendidik manusia ke arah menyelaraskan aspek-aspek kehidupan manusia itu.
Pendekatan pertama merujuk kepada memperkasakan aspek rohani melalui keimanan dengan Allah s.w.t., ketaqwaan kepada-Nya dan melaksanakan pelbagai bentuk ibadah.
Pendekatan kedua merujuk kepada pengawalan aspek fizikal dengan menguasai hawa nafsu dan syahwat tanpa melampaui batas demi kemaslahatan individu dan masyarakat.
Pendekatan ketiga dengan memberi perhatian dan kepentingan kepada mendidik manusia dengan sifat-sifat dan kebiasaan yang penting bagi kematangan reaksi dan sosial, kematangan peribadi sebagai persediaan untuk memikul tanggungjawab sepanjang hayat dan memainkan peranan penting dalam kemajuan masyarakat dan mema’murkan alam ini dengan kesedaran dan cekap.
1. Memperkasakan aspek kerohanian
1.1 Beriman dengan Allah, mentauhidkan-Nya dan beribadah kepada-Nya
Rasulullah s.a.w. menyeru umatnya supaya beriman kepada Allah dan menjauhi syirik serta mengabdikan diri hanya kepada-Nya sahaja. Keimanan mempunyai kesan yang mendalam dalam diri orang beriman sehingga peribadi yang jahiliah bertukar menjadi seorang yang bertaqwa. Aqalnya bebas dari ketahyulan dan khurafat. Ketakutan kepada maut bertukar kepada kecintaan berkorban untuk agama. Kegembiraan untuk bersedeqah dan berbakti kepada masyarakat telah menghilangkan ketakutan akan kemiskinan dan bala bencana.
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik daripada Rasulullah s.a.w. bersabda: "Seseorang yang memiliki tiga perkara ini akan mendapat kemanisan iman, iaitu kasih kepada Allah dan Rasul melebihi daripada yang lain, dia mengasihi seorang yang lain semata-mata kerana Allah dan dia tidak suka kembali kepada kekufuran seperti mana dia tidak suka dicampakkan ke dalam api. (al-Bukhari dan Muslim)
Kemanisan iman menjadikan apa-apa yang membawa kepada keredhaan Allah dan Rasul itu mudah kepadanya, sehingga dia tidak mahu menukarkan keimanan kepada Allah dengan perkara lain. Cinta kepada Allah dan Rasul menjadikan dirinya menyintai orang-orang yang sama-sama menyintai Allah dan Rasul. Dengan itu, dia sanggup mempertahankan imannya itu walau diuji dengan apa sekalipun.
Rasulullah s.a.w. sentiasa menyeru para sahabat supaya berpegang teguh dengan iman kepada Allah dan mendekatkan diri kepada-Nya, mengikuti jalan yang diredhai-Nya dan meletakkan pergantungan kepada-Nya sahaja. Rasulullah s.a.w. mengajarkan mereka walaupun pada peringkat kanak-kanak supaya tidak takut melainkan kepada Allah dan hanya meminta daripada Allah sahaja sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas ketika beliau bersama-sama Rasulullah s.a.w. menunggang kenderaan.
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ كُنْتُ خَلْفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا فَقَالَ يَا غُلَامُ إِنِّي أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ احْفَظْ اللَّهَ يَحْفَظْكَ احْفَظْ اللَّهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلْ اللَّهَ وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ وَاعْلَمْ أَنَّ الْأُمَّةَ لَوْ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوكَ إِلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ لَكَ وَلَوْ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوكَ إِلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ عَلَيْكَ رُفِعَتْ الْأَقْلَامُ وَجَفَّتْ الصُّحُفُ
قَالَ هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
Diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas katanya, suatu hari saya berada di belakang Rasulullah s.a.w. lalu baginda bersabda: "Wahai anak! Aku akan ajarkanmu beberapa perkataan, peliharalah Allah nescaya Dia menjaga engkau. Peliharalah Allah pasti kamu dapati-Nya di hadapan engkau. Apabila engkau memohon maka pohonlah daripada Allah. Apabila engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan daripada Allah. Ketahuilah sesungguhnya umat itu kalau mereka berkumpul untuk memberi manfaat kepada engkau dengan sesuatu tidaklah mereka memberikannya kepada engkau kecuali dengan sesuatu yang sudah dituliskannya oleh Allah kepada engkau. Sekiranya mereka berkumpul untuk memberi mudarat kepada engkau dengan sesuatu, tidaklah mereka memberikannya kepada engkau kecuali dengan sesuatu yang sudah dituliskannya oleh Allah kepada engkau. Pena-pena telahpun diangkat dan catatan telahpun kering. (al-Tirmizi)
Keimanan dengan Allah s.w.t. mengisi dan memenuhi jiwa dengan rasa kelapangan, redha dan bahagia. Dia hidup dengan penuh ketenangan dan kerehatan jiwa, kerana orang mu`min yang ikhlas sentiasa merasai betapa dekatnya dirinya dengan Allah s.w.t. Dia menyakini bahawa Allah s.w.t. sentiasa menjaga dan melindunginya. Dengan wujudnya perasaan sebegini, Allah s.w.t. meletakkan kasih sayang masyarakat kepada orang itu di samping segala urusan dunia menjadi mudah kepadanya.
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ كَانَتْ الْآخِرَةُ هَمَّهُ جَعَلَ اللَّهُ غِنَاهُ فِي قَلْبِهِ وَجَمَعَ لَهُ شَمْلَهُ وَأَتَتْهُ الدُّنْيَا وَهِيَ رَاغِمَةٌ وَمَنْ كَانَتْ الدُّنْيَا هَمَّهُ جَعَلَ اللَّهُ فَقْرَهُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ وَفَرَّقَ عَلَيْهِ شَمْلَهُ وَلَمْ يَأْتِهِ مِنْ الدُّنْيَا إِلَّا مَا قُدِّرَ لَهُ
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik daripada Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa akhirat menjadi niat dan tumpuannya, Allah s.w.t. meletakkan kekayaan dalam hatinya dan menyatukan urusan-urusannya yang berselerak dan dunia datang dengan tunduk kepadanya. Sesiapa yang dunia menjadi niat dan tumpuannya maka Allah s.w.t. meletakkan kefaqiran di antara kedua matanya dan meyelerakkan urusan-urasannya dan dunia tidak datang kepadanya kecuali apa yang telah ditentukan untuknya. (al-Tirmizi)
Hadis ini menjelaskan bagaimana iman seseorang kepada hari Akhirat menjadikan hidupnya itu tenang dan dia tidak merasa kerisauan tentang keadaan yang sukar dialaminya. Pada ketika itu semua urusannya menjadi mudah kerana dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Hadis ini juga mengingatkan kita tentang akibat buruk kerana mementingkan kebendaan mengatasi kepentingan agama.
1.2 Taqwa
Perkara yang paling penting selepas keimanan ialah taqwa. Secara umumnya taqwa bermaksud sentiasa menjaga diri dengan menegakkan kebenaran, keadilan, amanah dan bersifat benar, berinteraksi dengan masyarakat dengan cara yang baik, menjauhi permusuhan dan melaksanakan tugas yang diserahkan kepadanya dengan sebaik-baiknya.
عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اتَّقِ اللَّهِ حَيْثُمَا كُنْتَ وَأَتْبِعْ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ قَالَ وَفِي الْبَاب عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
Daripada Abu Zar katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda kepadaku: "Bertaqwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada, ikutilah kejahatan dengan kebaikan dan berakhlaklah dengan manusia dengan pekerti yang baik. (al-Tirmizi)
Di mana sahaja berada dan dalam situasi yang bermacam-macam, kita diperintahkan supaya bertaqwa, melakukan kebaikan dan berakhlak mulia. Oleh kerana taqwa merupakan satu tuntutan yang merangkumi ma’na yang luas, ia mempunyai pelbagai bentuk sesuai dengan keadaan. Ketika masuk waktu sembahyang, taqwa dizahirkan dengan mendirikan sembahyang, apabila mempunyai harta lebihan, zakat dan sedekah dikeluarkan. Apabila berada dalam masyarakat, taqwa dijelmakan dengan akhlak pekerti yang mulia. Apabila seseorang itu berada dalam keadaan ketaqwaan dia akan memperolehi keamanan dan ketenteraman.
Sebaliknya, apabila dia melakukan kesilapan dan kejahatan dia merasa tidak tenteram dan cemas. Untuk mengatasi perasaan sebegini Rasulullah s.a.w. mengajarkan kita agar membaiki kesalahan tersebut dengan melakukan kebaikan. Amal yang baik mempunyai kesan yang kuat dalam merawat kegusaran hati. Ini bermakna kebajikan akan mengembalikan keadaan diri kepada ketenangan. Perkara ini telah ditegaskan dalam firman Allah s.w.t.:
وَأَقِمِ الصَّلَاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ذَلِكَ ذِكْرَى لِلذَّاكِرِينَ
Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat. (Surah Hud: 114)
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَنَاجَشُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَلَا يَبِعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَيْعِ بَعْضٍ وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يَخْذُلُهُ وَلَا يَحْقِرُهُ التَّقْوَى هَاهُنَا وَيُشِيرُ إِلَى صَدْرِهِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ بِحَسْبِ امْرِئٍ مِنْ الشَّرِّ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ دَمُهُ وَمَالُهُ وَعِرْضُهُ
Daripada Abu Hurairah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan kamu saling berdengki, saling memuji barang untuk melariskannya, saling membenci, memulau dan jangan antara kamu yang membeli atas pembelian orang lain, hendaklah kamu menjadi hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain, dia tidak menzaliminya, tidak menghinanya. Taqwa itu di sini-baginda mengisyaratkan kepada dadanya sebanyak tiga kali-. Cukuplah seseorang itu melakukan kejahatan dengan menghina saudaranya yang muslim. Setiap muslim darahnya, hartanya dan maruahnya haram ke atas muslim yang lain. (Muslim)
1.3 Tekun Dalam Ibadah
Dengan melaksanakan pelbagai bentuk ibadah, seseorang itu dapat membentuk keperibadian, menyucikan jiwa dan mengajarkannya banyak sifat-sifat yang terpuji yang membantunya menghadapi tanggungjawab kehidupan seterusnya membentuk peribadi yang seimbang yang menikmati kesihatan jiwa. Ibadah mengajar seseorang menanggung kesukaran, melawan nafsu dan mengawal syahwatnya. Selain itu, dia akan memperolehi keazaman yang kuat dan kasih sayang daripada orang lain dengan berbuat ihsan kepada mereka. Secara tidak langsung, ibadah akan menyuburkan penyertaan dalam masyarakat, semangat kerjasama dan jaminan sosial.
Mendekatkan diri kepada Allah dengan ibadah memberi kesan yang mendalam dalam diri seseorang. Perasaannya sentiasa hampir dengan Allah s.w.t. dan dia merasa amat bahagia kerana dekatnya Allah s.w.t. dengan dirinya. Ibadah wajib dan sunnat sama berperanan dalam menimbulkan kesan ini dalam jiwanya.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ قَالَ مَنْ عَادَى لِي وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالْحَرْبِ وَمَا تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبْدِي بِشَيْءٍ أَحَبَّ إِلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُ عَلَيْهِ وَمَا يَزَالُ عَبْدِي يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِي يَسْمَعُ بِهِ وَبَصَرَهُ الَّذِي يُبْصِرُ بِهِ وَيَدَهُ الَّتِي يَبْطِشُ بِهَا وَرِجْلَهُ الَّتِي يَمْشِي بِهَا وَإِنْ سَأَلَنِي لَأُعْطِيَنَّهُ وَلَئِنْ اسْتَعَاذَنِي لَأُعِيذَنَّهُ
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah s.w.t. berfirman: Siapa yang memusuhi wali-Ku, Aku isytiharkan perang ke atasnya, tidak ada sesuatu yang hambu-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku lebih Aku kasihi daripada perkara-perkara yang telah Aku fardhukan ke atasnya. Hamba-Ku terus mendekatkan dirinya kepada-Ku sehingga Aku mengasihinya. Apabila Aku mengasihinya maka Aku menjadi pendengarannya yang dia mendengar dengannya, penglihatan yang dia melihat dengannya, tangannya yang dia menyentuh dengannya dan kakinya yang dia berjalan dengannya. Sekiranya dia meminta daripada Aku akan Aku berikan kepadanya, sekiranya dia meminta perlindungan daripada Aku, akan Aku lindunginya. (al-Bukhari)
2. Kawalan Aspek Fizikal
2.1 Kawalan Terhadap Motivasi Dan Dorongan Diri
2.1.1 Memenuhi Dorongan Diri Dengan Cara Yang Halal
Rasulullah s.a.w. menyeru umatnya supaya memenuhi tuntutan dorongan diri dengan cara yang halal dan menghindari jalan yang haram. Islam mengakui tuntutan tersebut kerana ia merupakan tabiat kejadian manusia dan merupakan jalan yang memudahkan seseorang mendekatkan diri kepada Allah berbeza dengan penganut agama lain yang menganggap halangan untuk dekat dengan Tuhan.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ لَا يَقْبَلُ إِلَّا طَيِّبًا وَإِنَّ اللَّهَ أَمَرَ الْمُؤْمِنِينَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِينَ فَقَالَ { يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنْ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا إِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ }
وَقَالَ { يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ } ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ يَا رَبِّ يَا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ
Daripada Abu Hurairah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Wahai manusia sesungguhnya Allah s.w.t. Maha Baik, tidak menerima melainkan yang baik sahaja. Sesungguhnya Allah s.w.t. memerintahkan orang-orang mu`min apa yang diperintahkan kepada rasul-rasul. Dia berfirman: "Wahai rasul-rasul makanlah yang baik-baik dan beramal soleh sesungguhnya Aku Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan. Allah s.w.t. berfirman lagi: "Wahai orang-orang yang beriman makanlah yang baik-baik yang Kami kurniakan kepada kamu." Kemudian Rasulullah s.a.w. menyebutkan seorang lelaki yang bermusafir jauh dengan rambut yang kusut masai menadah tangan ke langit berdoa, Ya Tuhanku, Ya Tuhanku sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaian haram. Bagaimana dia akan dikabulkan sedangkan dia membesar dengan yang haram. (Muslim dan al-Tirmizi)
Menjadi kewajipan kepada setiap mendapatkan makanan dan minuman yang halal. Mengambil perkara-perkara yang haram menyebabkan seseorang itu jauh daripada Rahmat Allah. Apabila dia berdoa doanya tidak diperkenankan. Perintah supaya mengambil makanan yang baik bererti seseorang itu mestilah mengutamakan kesihatannya supaya kehidupannya berjalan dengan selesa dan tenang tanpa sebarang gangguan penyakit.
Kehampaan dalam mendapatkan apa yang dihajati menjadikan seseorang itu putus asa. Untuk mengelakkan daripada gejala ini, mestilah dicermati sumber ambilan makanan supaya yang halal sahaja. Bagaimanapun, doa orang yang soleh tidak semestinya dimakbulkan terus. Adakalanya ia ditangguhkan kepada suatu masa yang tertentu, diganti dengan sesuatu yang lain atau diselamatkan daripada mala petaka. Apa yang penting ialah bersabar dan terus berdoa.
عَنْ خَوْلَةَ الْأَنْصَارِيَّةِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ رِجَالًا يَتَخَوَّضُونَ فِي مَالِ اللَّهِ بِغَيْرِ حَقٍّ فَلَهُمْ النَّارُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Daripada Khaulah al-Ansariyyah katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya beberapa orang lelaki yang menggunakan harta Allah tanpa cara yang benar maka mereka mendapat api neraka pada hari Qiamat. (Al-Bukhari dan al-Tirmizi)
Memenuhi tuntutan dorongan diri dengan cara yang haram bertentangan dengan hakikat keimanan kepada Allah s.w.t. dan itu tidak berlaku kepada orang yang memiliki keimanan yang tulen dan bersih.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَزْنِي الزَّانِي حِينَ يَزْنِي وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلَا يَشْرَبُ الْخَمْرَ حِينَ يَشْرَبُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلَا يَسْرِقُ السَّارِقُ حِينَ يَسْرِقُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلَا يَنْتَهِبُ نُهْبَةً يَرْفَعُ النَّاسُ إِلَيْهِ فِيهَا أَبْصَارَهُمْ وَهُوَ مُؤْمِنٌ
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak berzina seorang penzina ketika dia berzina dalam keadaan beriman, tidak mencuri seorang pencuri ketika dia mencuri dalam keadaan beriman dan tidak dia merampas satu bendapun dalam keadaan orang-orang hanya mampu melihat sahaja bahawa dia dalam keadaan beriman. (al-Bukhari, Muslim)
Setiap orang mempunyai keinginan seksual, berseronok, memiliki harta dan keinginan lain. Memenuhi keinginan tersebut dibenarkan dengan cara yang sesuai dengan sifat Islam iaitu menjaga kehormatan agama, nyawa, keturunan, akal dan harta. Hak orang lain tidak boleh dirampas kerana bertentangan dengan prinsip menjaga keadilan dan menjauhi kezaliman. Keseronokan yang diperolehi dengan cara yang haram menjadi bebanan dan penyesalan kerana ia tidak berkekalan.
عَنْ النَّوَّاسِ بْنِ سِمْعَانَ الْأَنْصَارِيِّ قَالَ سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْبِرِّ وَالْإِثْمِ فَقَالَ الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي صَدْرِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ
Daripada al-Nawwas bin Sim’an al-Ansari katanya, saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang kebajikan dan dosa. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kebajikan itu ialah berakhlak baik dan dosa itu apa yang kamu merasa ragu-ragu dan kamu tidak suka manusia melihatnya. (Muslim, al-Tirmizi)
Hadis ini menyatakan seorang mu`min yang sempurna dan teguh imannya, hatinya akan lapang untuk melakukan kebaikan sehingga itu menjadi kebiasaan kepadanya dan dia akan merasa tidak senang terhadap kejahatan. Apabila dia digoda oleh syaitan dan nafsunya hatinya akan menolak dengan merasa teragak-agak untuk melakukannya.
Hadis ini juga menyatakan dosa akan menimbulkan rasa takut pada pelakunya dan dia tidak mahu sesiapa yang mengetahui dia melakukannya.
2.1.2 Memenuhi dengan cara sederhana
عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ لِابْنِ آدَمَ حَقٌّ فِي سِوَى هَذِهِ الْخِصَالِ بَيْتٌ يَسْكُنُهُ وَثَوْبٌ يُوَارِي عَوْرَتَهُ وَجِلْفُ الْخُبْزِ وَالْمَاءِ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
Daripada ‘Uthman bin ‘Affan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Anak Adam tidak patut mendapat hak selain dari perkara-perkara berikut, sebuah rumah yang didiaminya, pakaian yang menutup auratnya, roti yang kasar dan air. (al-Tirmizi)
Qadhi ‘Iyadh berkata, yang dimaksudkan dengan hak ialah apa yang berhak diperolehi oleh seseorang kerana memang keperluannya dan hidupnya itu bergantung dengannya. Inilah maksud yang sebenar bagi harta. Al-Mubarakfuri menghuraikan bahawa yang lain daripada perkara yang disebutkan itu akan disoal dan dituntut mensyukurinya.
Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w. melarang daripada berlebihan dalam makanan, minuman dan pakaian. Berlebihan dalam makanan dan minuman boleh membawa kepada pelbagai jenis penyakit. Sebenarnya manusia itu hanya memerlukan makanan dengan kadar yang sedikit yang memberikan tenaga yang diperlukan untuk kehidupan yang sihat dan melakukan tugas-tugasnya. Tenaga yang tidak diperlukan itu akan bertukar kepada lemak yang akhirnya mengganggu kelancaran pergerakan dan kerja seseorang. Akibatnya dia mudah terdedah kepada penyakit yang berbahaya. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:
طَعَامُ الِاثْنَيْنِ كَافِي الثَّلَاثَةِ وَطَعَامُ الثَّلَاثَةِ كَافِي الْأَرْبَعَةِ
Makanan dua orang mencukupi untuk tiga orang dan makanan tiga orang mencukupi untuk empat orang. (Al-Bukhari, Muslim)
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ أَكْثَرَ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمْ مَا يُخْرِجُ اللَّهُ لَكُمْ مِنْ بَرَكَاتِ الْأَرْضِ قِيلَ وَمَا بَرَكَاتُ الْأَرْضِ قَالَ زَهْرَةُ الدُّنْيَا فَقَالَ لَهُ رَجُلٌ هَلْ يَأْتِي الْخَيْرُ بِالشَّرِّ فَصَمَتَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى ظَنَنَّا أَنَّهُ يُنْزَلُ عَلَيْهِ ثُمَّ جَعَلَ يَمْسَحُ عَنْ جَبِينِهِ فَقَالَ أَيْنَ السَّائِلُ قَالَ أَنَا قَالَ أَبُو سَعِيدٍ لَقَدْ حَمِدْنَاهُ حِينَ طَلَعَ ذَلِكَ قَالَ لَا يَأْتِي الْخَيْرُ إِلَّا بِالْخَيْرِ إِنَّ هَذَا الْمَالَ خَضِرَةٌ حُلْوَةٌ وَإِنَّ كُلَّ مَا أَنْبَتَ الرَّبِيعُ يَقْتُلُ حَبَطًا أَوْ يُلِمُّ إِلَّا آكِلَةَ الْخَضِرَةِ أَكَلَتْ حَتَّى إِذَا امْتَدَّتْ خَاصِرَتَاهَا اسْتَقْبَلَتْ الشَّمْسَ فَاجْتَرَّتْ وَثَلَطَتْ وَبَالَتْ ثُمَّ عَادَتْ فَأَكَلَتْ وَإِنَّ هَذَا الْمَالَ حُلْوَةٌ مَنْ أَخَذَهُ بِحَقِّهِ وَوَضَعَهُ فِي حَقِّهِ فَنِعْمَ الْمَعُونَةُ هُوَ وَمَنْ أَخَذَهُ بِغَيْرِ حَقِّهِ كَانَ كَالَّذِي يَأْكُلُ وَلَا يَشْبَعُ
Daripada Abu Sa’id al-Khudri katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti menimpa kamu ialah keberkatan dunia yang Allah s.w.t. keluarkan untuk kamu. Baginda ditanya: "Apa keberkatan dunia itu?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "keindahan dunia". Lalu seorang bertanya, adakah kebaikan datang dengan membawa kejahatan? Lalu Rasulullah s.a.w. diam sehingga kami menyangka wahyu turun kepadanya kemudian baginda mula menyapu dahinya seraya bersabda: "Manakah orang yang bertanya tadi? Orang itu menjawab: "saya" Abu Said berkata: "Kami berterima kasih kepadanya kerana datangnya jawapan kepada pertanyaan itu. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kebaikan tidak akan datang melainkan dengan kebaikan. Sesungguhnya harta ini hijau dan manis. Sesungguhnya tumbuhan yang keluar pada musim bunga membunuh atau hampir membunuh (mengembungkan) orang yang makan dengan tamak melainkan binatang ternakan yang makan (tumbuhan hijau yang terpilih) sehingga terik perutnya lalu ia menghadap matahari kemudian tercirit-cirit dan kencing kemudian menguyah dan kembali makan. Sesungguhnya harta itu manis, sesiapa yang mengambilnya dengan hak dan meletakkannya pada haknya maka itu adalah sebaik-baik yang membantu. Sesiapa yang mengambilnya bukan dengan haknya seperti orang yang makan tetapi tidak kenyang-kenyang. (Al-Bukhari, Muslim dan Ibn Majah)
3. Kawalan terhadap emosi
3.1 Mengawal cinta dan kasih
Pada umumnya, cinta dan kasih sayang merupakan faktor penting dalam pembentukan hubungan yang baik dalam masyarakat. Ia menjadi pemangkin kepada kerjasama, perpaduan dan tolong menolong sesama mereka. Cinta yang ihklas antara sesama anggota masyarakat akan mendorong mereka melakukan pengorbanan dengan diri dan harta demi keluarga, bangsa, agama dan tanahair.
Walau bagaimanapun cinta kepada manusia dan benda tidak boleh menjadikan seseorang itu lupa mencintai Allah dan lalai daripada taat dan jihad di jalan Allah. Cinta kepada Allah hendaklah didahulukan daripada mana-mana cinta.
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik daripada Rasulullah s.a.w. bersabda: "Seseorang yang memiliki tiga perkara ini akan mendapat kemanisan iman, iaitu kasih kepada Allah dan Rasul melebihi daripada yang lain, dia mengasihi seorang yang lain semata-mata kerana Allah dan dia tidak suka kembali kepada kekufuran seperti mana dia tidak suka dicampakkan ke dalam api. (al-Bukhari dan Muslim)
عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ
Daripada Anas katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak beriman salah seorang daripada kamu sehingga aku lebih dikasihinya dari bapanya, anaknya dan semua manusia. (al-Bukhari dan Muslim)
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحِبُّوا اللَّهَ لِمَا يَغْذُوكُمْ مِنْ نِعَمِهِ وَأَحِبُّونِي بِحُبِّ اللَّهِ وَأَحِبُّوا أَهْلَ بَيْتِي بِحُبِّي قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ إِنَّمَا نَعْرِفُهُ مِنْ هَذَا الْوَجْهِ
Daripada Ibn ‘Abbas katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hendaklah kamu cinta kepada Allah kerana Dia memberikan rezeki kepada kamu daripada ni’mat-ni’mat-Nya, cintailah aku kerana cinta Allah dan cintailah ahli keluargaku kerana cintaku. (al-Tirmizi)
Sifat cinta kepada manusia dan harta tidak boleh dihapuskan tetapi mesti diletakkan pada tempat yang sewajarnya menurut aturan yang telah ditentukan oleh agama.
3.2 Mengawal marah
Rasulullah s.a.w. melarang daripada marah kerana ia bertentangan dengan sifat hilm, yakni kesantunan.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْصِنِي قَالَ لَا تَغْضَبْ فَرَدَّدَ مِرَارًا قَالَ لَا تَغْضَبْ
Daripada Abu Hurairah bahawa seorang lelaki berkata kepada Rasulullah s.a.w.: "Berikanlah pesanan kepadaku. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah kamu marah." Orang itu mengulangi beberapa kali permintaannya. Rasulullah s.a.w. menjawab: "Janganlah kamu marah." (Al-Bukhari)
Rasulullah s.a.w. adalah seorang doktor yang bijaksana yang dapat mengesan penyakit seseorang lalu memberikan satu rawatan yang sesuai dengannya iaitu menahan diri daripada marah. Jelas daripada hadis di atas, masalah utama yang dihadapi oleh lelaki tersebut ialah masalah mudah marah. Oleh kerana ia adalah penyakit utamanya, maka baginda hanya menumpukan rawatannya hanya kepada penyakit ini sahaja. Pengulangan pesanan itu menunjukkan kesan yang bahaya terhadap kesihatan psikologi jika terus berada dalam situasi kemarahan. Secara tidak langsung pengulangan ini mengisyarat kepada kemarahan Allah s.w.t. yang lebih besar lagi dan limpahan-Nya yang lebih banyak lagi. Oleh itu, seseorang itu perlu mengawal emosinya dan jangan biarkan dirinya dikawal oleh emosi.
Al-Khattabi berkata: Jangan kamu marah maksudnya ialah jauhilah sebab-sebab yang membawa kepada kemarahan dan jangan dedahkan diri kepada puncanya. Adapun marah itu sendiri tidak dilarang kerana ia perkara tabiat manusia yang tidak dapat disingkirkan. (Tuhfah al-Ahwazi, jil. 6 hal.155)
Seseorang yang mampu menahan rasa marahnya dikira sebagai orang yang paling kuat kerana ia mampu menjaga dirinya sendiri daripada terdedah kepada bahaya lain yang timbul jika dia melepaskan kemarahannya.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ الشَّدِيدُ بِالصُّرَعَةِ إِنَّمَا الشَّدِيدُ الَّذِي يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang dapat mengalahkan orang lain. Tetapi sebenarnya orang yang kuat itu ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah. (Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w. telah mengalih perhatian umatnya supaya mengukur dengan baik kekuatan seseorang lelaki itu dengan melihat kepada sejauh mana dia dapat mengendalikan emosinya terutamanya sifat marah.
Kemanisan iman akan hilang apabila kemarahan diri seseorang menguasai dirinya. Ini kerana emosinya itu menguasai iman dan aqalnya sehingga ia dapat melihat dengan mata hatinya dan tidak merasa ketenteraman jiwa.
4. Pendekatan mengajarkan sifat-sifat yang penting kepada kesihatan jiwa
4.1. Merasai ketenangan diri
عَنْ سَلَمَةَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ مِحْصَنٍ الْخَطْمِيِّ عَنْ أَبِيهِ وَكَانَتْ لَهُ صُحْبَةٌ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ أَصْبَحَ مِنْكُمْ آمِنًا فِي سِرْبِهِ مُعَافًى فِي جَسَدِهِ عِنْدَهُ قُوتُ يَوْمِهِ فَكَأَنَّمَا حِيزَتْ لَهُ الدُّنْيَا قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ
Daripada Ubaidullah bin Mihsan al-Khatmi katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang berada pada waktu pagi dalam keadaan sejahtera dengan anak isterinya, sihat tubuh badan dan mempunyai makanan untuk hari itu seolah-olah dunia menjadi miliknya. (al-Tirmizi)
Ketenangan dalam diri bukan diukur dengan banyak mana harta yang dimiliki dan berapa ramai yang menyokong tetapi sejauh mana hati seseorang merasai ketenteraman jiwa apabila berada di samping keluarga dalam keadaan sihat wal afiat serta sejauh mana dia meletakkan pergantungannya kepada Allah s.w.t..
4.1.1. Ketenangan diperolehi dengan bertawakkal kepada Allah s.w.t.
عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ أَنَّكُمْ كُنْتُمْ تَوَكَّلُونَ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرُزِقْتُمْ كَمَا يُرْزَقُ الطَّيْرُ تَغْدُو خِمَاصًا وَتَرُوحُ بِطَانًا قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ لَا نَعْرِفُهُ إِلَّا مِنْ هَذَا الْوَجْهِ وَأَبُو تَمِيمٍ الْجَيْشَانِيُّ اسْمُهُ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَالِكٍ
Daripada ‘Umar al-Khattab katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sekiranya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya pasti kamu akan diberikan rezeki seperti mana burung yang keluar pada waktu pagi dengan perut yang kempis tetapi pulang petang dengan perut yang penuh. (al-Tirmizi)
Hadis ini menyatakan sekiranya kita benar-benar yakin bahawa Allah s.w.t. yang menentukan segala-galanya, Dia memberi tanpa ada yang menghalang-Nya dan Dia menghalang tanpa ada yang memberi, kemudian kita berusaha dalam keadaan menyerahkan diri kepada Allah pasti kita akan merasai ketenteraman jiwa. Kalau mendapat keuntungan kita tetap dalam keadaan bersyukur dan kalau gagal tidak akan merasa kecewa dan putus asa. Ini diperolehi apabila dipacakkan keyakinan sepenuhnya kepada Allah s.w.t. Bukan usaha kita yang menghasilkan rezeki tetapi Allah yang memberi. Selain itu, hadis ini mengisyaratkan bertawakkal kepada Allah itu bukan bermaksud meninggalkan kerja dan usaha. Gambaran tentang burung yang terbang mencari rezeki menunjukkan bahawa rezeki diperolehi dengan berusaha dan tidak akan datang tanpa gerak usaha.
4.2. Berdikari
عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ وَكَانَ ثَوْبَانُ مَوْلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يَكْفُلُ لِي أَنْ لَا يَسْأَلَ النَّاسَ شَيْئًا وَأَتَكَفَّلُ لَهُ بِالْجَنَّةِ فَقَالَ ثَوْبَانُ أَنَا فَكَانَ لَا يَسْأَلُ أَحَدًا شَيْئًا
Daripada Thauban katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Siapakah yang dapat memberi jaminan kepadaku bahawa dia tidak akan meminta apa-apa daripada orang ramai dan aku menjaminnya akan mendapat syurga. Thauban menjawab: "Saya." Perawi mengatakan, Thuban tidak pernah meminta sesuatupun daripada mana-mana orang. (Abu Daud)
Hadis ini mengajar kita supaya berdikari dan tidak meminta-minta daripada orang lain. Ini menuntut kita berusaha sendiri dalam mendapatkan sesuatu dan menjadikan kita bebas daripada bergantung kepada orang lain.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَأَنْ يَأْخُذَ أَحَدُكُمْ حَبْلَهُ فَيَحْتَطِبَ عَلَى ظَهْرِهِ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَأْتِيَ رَجُلًا أَعْطَاهُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ فَيَسْأَلَهُ أَعْطَاهُ أَوْ مَنَعَهُ
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Demi yang diriku di tangan-Nya, sekiranya salah seorang daripada kamu mengambil tali kemudian membawa kayu api di atas belakangnnya maka itu lebih baik kepadanya daripada dia menemui seseorang yang diberikan kelebihan harta oleh Allah kepadanya lalu dia meminta-minta daripadanya sama ada orang itu memberi ataupun tidak. (al-Bukhari, Muslim, al-Tirmizi, al-Nasa`i)
Hadis ini mendorong kita menjaga maruah diri dengan berusaha sendiri walaupun terpaksa melalui jalan yang sukar kerana itu lebih baik daripada mendapatkan harta dengan cara yang mudah iaitu dengan meminta-minta. Hadis ini juga menuntut kita supaya menjauhkan diri daripada sifat malas berusaha.
4.3. Yakin pada diri sendiri
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَحْقِرْ أَحَدُكُمْ نَفْسَهُ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ يَحْقِرُ أَحَدُنَا نَفْسَهُ قَالَ يَرَى أَمْرًا لِلَّهِ عَلَيْهِ فِيهِ مَقَالٌ ثُمَّ لَا يَقُولُ فِيهِ فَيَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَقُولَ فِي كَذَا وَكَذَا فَيَقُولُ خَشْيَةُ النَّاسِ فَيَقُولُ فَإِيَّايَ كُنْتَ أَحَقَّ أَنْ تَخْشَى
Daripada Abu Sa’id katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah salah seorang daripada kamu memandang lekeh kepada dirinya sendiri. Sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, bagaimana seorang itu memandang lekeh kepada dirinya sendiri? Rasulullah s.a.w. menjawab: "Dia memandang satu perkara yang sepatutnya dia menegur kerana Allah kemudian dia tidak melakukannya. Maka pada hari kiamat Allah s.w.t. berfirman kepadanya: "Apakah yang menghalang kamu daripada menegur pada sekian sekian perkara? Dia menjawab: "Saya takut kepada manusia." Allah s.w.t. berfirman: "Akulah yang lebih berhak kamu takut. (Ibn Majah)
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَوْ دُعِيتُ إِلَى ذِرَاعٍ أَوْ كُرَاعٍ لَأَجَبْتُ وَلَوْ أُهْدِيَ إِلَيَّ ذِرَاعٌ أَوْ كُرَاعٌ لَقَبِلْتُ
Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah sabdanya: "Jika saya dijemput makan kaki kambing maka saya akan datang. Kalau saya dihadiahkan dengan kaki kambing maka saya akan menerimanya. (Al-Bukhari, al-Tirmizi)
Hadis ini mengajar kita supaya jangan merasa rendah diri dengan pemberian yang tidak seberapa kerana yang diambil kira ialah keikhlasan dan budi yang dilakukan. Apabila kita meletakkan matlamat di hadapan kita iaitu untuk berbudi kepada orang lain, maka akan timbul dalam diri kita keyakinan terhadap apa yang dilakukan.
4.4. Merasa bertanggungjawab
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ كُلُّكُمْ رَاعٍ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ فَالْإِمَامُ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالرَّجُلُ فِي أَهْلِهِ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالْمَرْأَةُ فِي بَيْتِ زَوْجِهَا رَاعِيَةٌ وَهِيَ مَسْئُولَةٌ عَنْ رَعِيَّتِهَا وَالْخَادِمُ فِي مَالِ سَيِّدِهِ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ
Daripada Abdullah bin ‘Umar bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Setiap kamu adalah pemimpin dan ditanya tentang pimpinannya. Imam itu pemimpin dan dia akan ditanya tentang rakyatnya. Seorang lelaki pemimpin dalam keluarganya dan dia akan ditanya tentang jagaannya. Seorang perempuan di rumah suaminya adalah pemimpin dan dia akan ditanya tentang jagaannya dan seorang pembantu harta tuannya adalah penjaga dan dia akan ditanya tentang jagaannya itu. (Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Nasa`i, al-Tirmizi)
عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ فِيمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِمَعْصِيَةٍ فَإِنْ أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلَا سَمْعَ عَلَيْهِ وَلَا طَاعَةَ قَالَ أَبُو عِيسَى وَفِي الْبَاب عَنْ عَلِيٍّ وَعِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ وَالْحَكَمِ بْنِ عَمْرٍو الْغِفَارِيِّ وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
Daripada Ibn ‘Umar katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dengar dan patuh itu adalah kewajipan setiap individu muslim dalam perkara yang disukainya atau tidak selagi dia tidak diperintahkan melakukan maksiat. Jika dia disuruh melakukan kemasksiatan maka tidak ada lagi hak mendengar dan taat. (al-Tirmizi)
Rasulullah s.a.w. menegaskan kewajipan dan tanggungjawab setiap individu untuk taat dan patuh kepada pemimpin dalam batas syariat kerana kepatuhan kepadanya itu akan menjamin kemaslahatan umum yang hanya akan tercapai apabila setiap orang melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلَا يُؤْذِي جَارَهُ وَاسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا فَإِنَّهُنَّ خُلِقْنَ مِنْ ضِلَعٍ وَإِنَّ أَعْوَجَ شَيْءٍ فِي الضِّلَعِ أَعْلَاهُ فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيمُهُ كَسَرْتَهُ وَإِنْ تَرَكْتَهُ لَمْ يَزَلْ أَعْوَجَ فَاسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا
Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan seperti tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik. (al-Bukhari)
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمَرْأَةُ كَالضِّلَعِ إِنْ أَقَمْتَهَا كَسَرْتَهَا وَإِنْ اسْتَمْتَعْتَ بِهَا اسْتَمْتَعْتَ بِهَا وَفِيهَا عِوَجٌ
Perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya. (al-Bukhari).
Hadis ini menuntut setiap suami khususnya untuk merasai bertanggungjawab terhadap isterinya yang sentiasa mendampingi hidupnya. Tanggungjawabnya ialah sentiasa menyediakan nafqah yang dia mampu serta tidak mengabaikan tanggungjawab memberikan ilmu yang mendekatkan diri kepada Allah dan yang lebih penting ialah berakhlak mulia dengan isteri. Walaupun suami mempunyai kedudukan yang lebih daripada isterinya, tidak bermakna dia boleh bertindak sesuka hati.
4.5. Berpendirian teguh
عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَكُونُوا إِمَّعَةً تَقُولُونَ إِنْ أَحْسَنَ النَّاسُ أَحْسَنَّا وَإِنْ ظَلَمُوا ظَلَمْنَا وَلَكِنْ وَطِّنُوا أَنْفُسَكُمْ إِنْ أَحْسَنَ النَّاسُ أَنْ تُحْسِنُوا وَإِنْ أَسَاءُوا فَلَا تَظْلِمُوا قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ لَا نَعْرِفُهُ إِلَّا مِنْ هَذَا الْوَجْهِ
Daripada Huzaifah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah kamu menjadi pak turut yang mengatakan kalau orang ramai melakukan kebaikan maka kami akan melakukan kebaikan jika mereka melakukan kezaliman maka kami akan turut melakukan kezaliman. Tetapi hendaklah kamu menetapkan dirimu, jika orang ramai melakukan kebaikan maka hendaklah kamu melakukan juga jika mereka melakukan kejahatan maka janganlah kamu melakukan kezaliman. (al-Tirmizi)
Kita dituntut supaya menetapkan diri dalam melakukan kebaikan dengan meletakkan diri pada tempat-tempat kebaikan dan menjauhi daripada menjadi pak turut ibarat lalang yang ditiup angin.
4.6. Berpuas hati dan redha dengan qadha dan qadar
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «المؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف، وفي كلٍ خيـر، احرص على ما ينفعـك، واستعن بالله ولا تعجز، وإن أصابك شيء، فلا تقل: لو أني فعلت كذا لكان كذا، ولكن قل: ما قدر الله وما شاء فعل، فإن لو تفتح عمل الشيطان
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada orang mukmin yang lemah, pada masing-masing itu ada kekuatan. Bersungguh-sungguhlah terhadap perkara yang memberi manfaat kepada kamu. Mintalah pertolongan daripada Allah dan jangan lemah. Jika sesuatu menimpa kamu maka jangan kamu kata: kalau aku buat begini tentu akan jadi begini. Tetapi ucapkanlah Allah telah menentukan dan Dia telah lakukan apa yang Dia kehendaki, kerana sesungguhnya `kalau’ itu membuka peluang syaitan bertindak." (hadis riwayat Muslim, Ibn Majah dan Ahmad)
Hadis ini memberi pengajaran bagaimana merawat penyakit-penyakit jiwa bagi menghalang ketidaktepatan, keraguan dan kerisauan. Apabila kita tersasar dari mencapai matlamat yang telah dirancangkan, tidak sepatutnya kita menyesal kerana apa yang kita usahakan itu tetap dikira sebagai usaha kita. Kegagalan seharusnya dibaiki dengan perancangan yang lebih teliti dan efektif, bukan dengan cara mengandai-andaikan apa yang telah berlalu. Seorang mukmin yang kuat imannya akan sentiasa redha dengan ketentuan yang berlaku kepadanya dan dia tidak merasa kecewa dan putus asa untuk membaiki kelemahannya.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ
Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya: "Bukanlah kekayaan itu dengan banyak harta benda tetapi kekayaan itu adalah kekayaan jiwa". (Al-Bukhari, Muslim, Ibn Majah)
عَنْ الْمِسْوَرِ بْنِ مَخْرَمَةَ أَنَّهُ أَخْبَرَهُ أَنَّ عَمْرَو بْنَ عَوْفٍ الْأَنْصَارِيَّ قال : قال رسول الله صلى الله عليه فَوَاللَّهِ لَا الْفَقْرَ أَخْشَى عَلَيْكُمْ وَلَكِنْ أَخَشَى عَلَيْكُمْ أَنْ تُبْسَطَ عَلَيْكُمْ الدُّنْيَا كَمَا بُسِطَتْ عَلَى مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ فَتَنَافَسُوهَا كَمَا تَنَافَسُوهَا وَتُهْلِكَكُمْ كَمَا أَهْلَكَتْهُمْ
Daripada al-Miswar bin Makhramah bahawa Amar bin’Auf al-Ansari memberitahunya bahawa Rasululah s.a.w. bersabda: "Demi Allah bukan kefaqiran yang aku takut menimpa kamu tetapi aku bimbang kalau dunia dibentangkan kepada kamu seperti mana umat yang terdahulu sebelum kamu lalu kamu saling mengejarnya seperti mana mereka saling mengejarnya dan membinasakan kamu sebagaimana ia membinasakan mereka. (Al-Bukhari dan Muslim)
عَنْ سَعْدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ سَعَادَةِ ابْنِ آدَمَ رِضَاهُ بِمَا قَضَى اللَّهُ لَهُ وَمِنْ شَقَاوَةِ ابْنِ آدَمَ تَرْكُهُ اسْتِخَارَةَ اللَّهِ وَمِنْ شَقَاوَةِ ابْنِ آدَمَ سَخَطُهُ بِمَا قَضَى اللَّهُ لَهُ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ لَا نَعْرِفُهُ إِلَّا مِنْ حَدِيثِ مُحَمَّدِ بْنِ أَبِي حُمَيْدٍ
Daripada Sa’d katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Termasuk dalam kebahagiaan bagi manusia ialah redhanya dengan apa yang telah ditentukan Allah untuknya dan termasuk dalam kecelakaan (tragedi) manusia ialah dia tidak melakukan istikharah kepada Allah. Dan di antara kecelakaan manusia ialah kebenciannya terhadap apa yang telah ditentukan Allah untuknya. (al-Tirmizi)
4.7. Bekerja dengan tekun dan berkesan
عن عائشة ، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : « إن الله جل وعز يحب إذا عمل أحدكم عملا أن يتقنه »
Daripada ‘Aishah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah s.w.t. suka apabila salah seorang daripada melakukan sesuatu kerja dia menekuninya. (Al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman)
4.8. Mengambil berat akan kesihatan fizikal
Rasulullah s.a.w. mengajarkan umatnya supaya menjaga kesihatan dengan melakukan aktiviti fizikal supaya mendapat kekuatan. Baginda menggalakkan mereka supaya terlibat dengan memanah dan menunggang kuda.
عَنْ أَبِي عَلِيٍّ ثُمَامَةَ بْنِ شُفَيٍّ أَنَّهُ سَمِعَ عُقْبَةَ بْنَ عَامِرٍ يَقُولُا سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ عَلَى الْمِنْبَرِ يَقُول وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ } أَلَا إِنَّ الْقُوَّةَ الرَّمْيُ أَلَا إِنَّ الْقُوَّةَ الرَّمْيُ أَلَا إِنَّ الْقُوَّةَ الرَّمْيُ
Daripada Abi ‘Ali Thumamah bin Syufai bahawa beliau mendengar ‘Uqbah bin ‘Amir berkata, saya mendengar Rasulullah s.a.w. di atas mimbar membaca ayat:
{وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ}
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan. Ketahuilah kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah kekuatan itu memanah, ketahuilah kekuatan itu memanah."
(Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah dan Ahmad)
Hadis ini menekankan persediaan kekuatan dengan cara latihan yang bersungguh-sungguh, kepintaran, kelicikan dan kekuatan anggota tubuh badan mengendalikan senjata. Kekuatan yang diperlukan oleh satu zaman berbeza dengan zaman yang lain. Perubahan zaman diambilkira dalam keadaan ini. Apa yang penting kekuatan dalam peperangan pada zaman ini melibatkan penggunaan teknologi dan kepintaran. Hadis ini menyebutkan memanah sebagai isyarat kepada penting penentangan musuh dari jarak yang jauh. Ini kerana memanah dapat menyelamatkan diri daripada terdedah kepada serangan. Ini menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah mengisyaratkan kepada penciptaan senjata yang boleh dilancarkan dari jauh.
عَنْ مُعَاذِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ خُبَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَمِّهِ قَالَ كُنَّا فِي مَجْلِسٍ فَجَاءَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَى رَأْسِهِ أَثَرُ مَاءٍ فَقَالَ لَهُ بَعْضُنَا نَرَاكَ الْيَوْمَ طَيِّبَ النَّفْسِ فَقَالَ أَجَلْ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ ثُمَّ أَفَاضَ الْقَوْمُ فِي ذِكْرِ الْغِنَى فَقَالَ لَا بَأْسَ بِالْغِنَى لِمَنْ اتَّقَى وَالصِّحَّةُ لِمَنْ اتَّقَى خَيْرٌ مِنْ الْغِنَى وَطِيبُ النَّفْسِ مِنْ النَّعِيمِ
Daripada Mu’az bin Abdullah bin Khabib daripada ayahnya daripada pakciknya katanya, kami berada dalam satu majlis lalu datang Rasulullah s.a.w. dengan kesan air di kepalanya dan salah seorang daripada kami berkata: "Kami melihat tuan hari ini dalam keadaan jiwa yang baik." Rasulullah s.a.w.: "Memang, Alhamdulillah, syukur pada Allah." Kemudian ada orang yang bercerita tentang kekayaan lalu baginda bersabda: "Tidak mengapa dengan kekayaan dan kesihatan bagi mereka yang bertaqwa dan jiwa yang baik termasuk dalam ni’mat." (Ibn Majah)
Antara doa yang sering diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. supaya dibacakan di waktu pagi ialah:
اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بَدَنِي اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي سَمْعِي اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بَصَرِي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ
Ya Allah, berilah kesejahteraan kepadaku pada pendengaranku, Ya Allah berilah kesejahteraan kepadaku pada penglihatanku, tiada tuhan melainkan Engkau. (Abu Daud)
عَنِ الْعَبَّاسِ قَالَ أَتَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ عَلِّمْنِي شَيْئًا أَدْعُو بِهِ فَقَالَ سَلْ اللَّهَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ قَالَ ثُمَّ أَتَيْتُهُ مَرَّةً أُخْرَى فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ عَلِّمْنِي شَيْئًا أَدْعُو بِهِ قَالَ فَقَالَ يَا عَبَّاسُ يَا عَمَّ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَلْ اللَّهَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ
Daripada al-‘Abbas katanya, saya menemui Rasulullah s.a.w. dan saya berkata: "Wahai Rasulullah ajarkanlah kepada saya sesuatu yang dapat saya berdoa dengannya." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Mintalah daripada Allah keampunan dan kesejahteraan. Kata al-‘Abbas, saya datang menemui Rasulullah pada kali yang lain dan berkata: "Wahai Rasulullah ajarkanlah kepada saya sesuatu yang dapat saya berdoa dengannya." Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: "Wahai bapa saudara Rasul Allah s.a.w. mintalah daripada Allah kesejahteraan di dunia dan di akhirat." (Al-Tirmizi, Musnad Ahmad)Rasulullah s.a.w. mengajarkan doa ini kepada al-‘Abbas, bapa saudaranya yang telah meminta sebanyak tiga kali menunjukkan pentingnya nilai kesihatan dan tiada doa yang sama sepertinya. Doa ini bermaksud supaya Allah menghindarkan daripada segala kemudaratan dan gangguan di samping agar Dia memberikan segala kebaikan kepada kita. Termasuk dalam permintaan hamba ialah supaya dihindarkan daripada kegusaran, kesedihan, kemurungan dan kegelisahan dengan d

Wednesday, October 8, 2008

low ropes course

PERALATAN
tali pp rope...
guni
helmet
gloves
kern mantle
flysheet
kasut yang bersesuaian..

bagi blogger yang belum pernah mencuba boleh panggil saya dan pelajar sr113...
untuk mencuba huhuhu.... ada bran ke.... boleh la skit2...
aktiviti ini nampak senang dan mudah je... tapi tak semudah sangkaan mata....

aktiviti nie mesti mendapatkan tapak yangb bersesuaian.... keadaan anchor yang bagus itu yang paling penting dan patut diutamakan oleh setiap pelajar... kalu ada pelajar dari kolej mara nak cuba boleh la contact omar 017-3681288... antara aktivitinya..:
1.multiple vine
2.foot loop
3.leopard crawl
4.criss cross
5.high postman walk
6.forward tension treaverse
7.backward tension treaverse
8.swinging tyres
9.balancingbeam/plank
10.burma bridge
11.jacobs sladder
12.monkey cross
13.chicken walk
14. spyder web

banyak sangat tue... hari nie cuma buat sampai yang ketujuh sahaja....
insyallah gambar akan dikongsikan bersama...
apa yang penting dalam aktivit ini bukan sahaja kita belajar memasang dengan menjalankan aktiviti.. ciri-ciri keselamatan kami amat dititk berat oleh lec. kami iaitu EN.HISYAM@HICMAT.. jika ada yang ingin tahu lebih lanjut beliau mempunyai blognya yang tertera di gadget vip... ikatan yang dibuat terdiri daripada glove hitch, butterfly.. tali yang diikat mestilah bersesuaian dengan peserta... andaikan peserta berat 100 kg.. semestinya ketegangan tali amat dititik beratkan... ketinggian juga amat dititik beratkan... andainya ada yang tggi mencecah 190cm .. setentunnya memerlukan pemasangan yang bersesuaian... setidaknya sama rata dgn yang rendah seperti saya ni... gambar akan dikongsikan bersama nanti... untuk 1001 malam jika berminat boleh la ajak kawan-kawan 1001 malam untuk melakukan aktiviti outdoor nie... sekian....

Tuesday, October 7, 2008

B e R h A t i - H a T i

satu cerita yang tidak asing lagi bagi diri saya dan rakan-rakan blogawan sekelian...
ceritanya semasa saya pergi ke faculty... keadaan jalan licin... hujan...... saya pun tak berani nak laju... bila saya hampir untuk masuk ke faculty haa... adalah sebiji myvi langgar motor ex5... ish2... ape la,.... siapa la yang salah.... kalu ditanya mesti kedua-dua tak mahu mengaku.... tapi yang paling kesian naik motor ..... nasib baik dia takda luka.... cuma keadaam motor je sedikit... alhamdulillah selamat.... disini ingin saya berpesan kepada semua yang memandu ... menunggang... berhati-hati ketika memandu... ingat kalau kita besar ingat yang kecil... kalu kita kecil hormati yang besar.... jadi tanamkan sifat sayang kepada orang lain ketika memandu... bukan sayangi diri anda... diri sendiri memang dah sepatutnya tapi orang lain... yang dah berumur... perempuan... hakikatnya kita tahu peraturan... gunalah sebaiknya... kalau dah rasa nak racing ada tempatnya dan waktunya... tak salah kerana ia satu sukan... tapi kena dengan tempatnya.... sekian...

sambungan lemang panas... 250 batang

BULUH+DAUN PISANG+PULUT+SANTAN=LEMANG
ish2.. tak sangka betul macam tue sekali jadinya...

















antara-antara proses menghasilkan lemang.... agak seni kerja menhasilkan lemang nie...

dalam menghasilkan lemang keadaan bara mesti berada dalam baik dan stabil..

api tidak terlalu dekat dengan lemang kerana takut hangit lemang.........

keadaan api yang baik dan bara menentukan janka masa lemang untuk siap dimasak...

untuk semua blogawan sekelian inilah serba sedikit yang boleh dikongsikan dari mulanya cerita membuat lemang.... jadi jika kita tak tahu bertanya supaya tak sesat jalan... kalu tak tau buat lemang kita sama-sama belajar takut kalau ada yang masukan beras dalam lemang... huhuhu....

bukan perkara mainan untuk kita ketawa... tapi hakikat kerana ada yang bertanya .. "dalam lemang letak beras ker? huhuhu.... aper pun lemang menjadi satu tradisi masyarakat melayu bila berhari raya... dodol... dal pelbagai lagi.... dimasa memasak lemang ada yang buat pertunjukan memijak bara api.... urm... tak pernah tengok .. takper .. tapi boleh cari... ada lagi pewaris-pewarisnya.... selamat melayari blogspot omar.. thank..

Sunday, October 5, 2008

perjalanan r a y a...

jelebu-bahau-gemas-segamat-labis-ayer hitam-kluang-kulai-skudai-batu pahat-tampin-lubuk cina-seremban-shah alam........

alhamdulillah perjalanan raya pada tahun ini amat jauh.... maklumlah setelah sekian lama tak berhari raya.... lama-lama... bermula dari jelebu agak pagi... terus ke pekan bahau.. berjumpa bapa saudara... agak terkejut sebab dah terlalu lama tak beraya bersama... dengan menunggang honda ex5 class 1 ... memang agak mencabar dan membawa beg 45+10.. kali nie nak cuba beraya di sebelah selatan sahaja.... dulu dari n.sembilan ke pantai timur . slps tue n.sembilan ke utara... inilah kali pertama ke selatan... banyak jugak pengalaman ingin dikongsikan bersama semua blogawan... bermulanya di ayer hitam... semasa saya menunggang motosikal saya.. jalan agak sibuk.. maklumlah hari raya.... keadaan hujan dalam 15 minit lebih kurang... tetapi tetap meneruskan perjalanan ,tidak ada masaalah kerana brg2 dah dibungkus dengan plastik... urm... itu semua belajar semasa 'incredible camp' .. semasa di ayer hitam keadaan jalan licin saya berada di lorong yang tak lah berapa selesa... maklumlah johor nie jalan nya lurus je... tak seperti negeri sembilan.... tidak berapa jauh kelihatan seorang pakcik sedang menunggang motor ex5 class.. agak perlahan... tiba-tiba ada sebiji kereta nissan sunny agak biru warnannya... memandu dalam kelajuan yang bahaya... keadaan jalan yang licin boleh menyebabkan berlakunya kemalangan... dengan selambanya kereta nissan tue mencilok... wah2... hebat... tapi malangnnya terkena pakcik tue.... sya berada dalam 300 m dari mangsa.... tak lah kuat... tapi motor tue bukan macam kereta kebal.. dan tuannya bukan robot... pakcik tue terjatuh.. saya pun meluru kearah kereta tersebut dan menahan mereka ... kemudian pusing kearah pakcik tersebut... yang sedihnya muka pakcik tue sedang menahan kesakitan.. hanya mimik muka... setelah saya perhatikan betul2 rupanya ada darah pada kaki pakcik tue... dia tak luka... bila dia selak je seluar dia... haaa... ya allah patah.... astagfirullah.... lailahailallah.... tuan kereta pun ada sekali tapi dalam keadaan menggigil... saya tak marah pun... apa lagi hubungilah kecemasan,... tak lama kemudian ambulans pun sampai... semasa saya melihat keadaan pakcik tue air mata saya meleleh .... siapa tak sedih... umur pakcik tue lingkungan 68tahun .... abang yang bawa kereta tue agak sya dalam 37 tahun..... ok la ambulans sampai ... tapi sya naik kereta abg tue dan pergi ke hospital,,.... abang tue cakap dengan saya menggigil2... yelah orang dah salah... sampai di hospital haaa... anak dia dah tunggu,,.. apa lagi terus dia tanya.... abg tue mengakulah... nasib baik dia tumbuk tak kena... penat laa nak redakan.... maklumlah saya nie tinggi sangat... setelah ditenangkan keadaan barulah boleh bercerita.... tapi kesian kat pakcik tue... cerita selanjutnya tak diketahui sbb saya meneruskan perjalanan... abg tue hantar kat tempat motor saya... tapi saya beraya semua rumah bapa saudara tak lupa kawan2 uitm ... yang bestnya tanya pasal sejarah mereka yang dah berumur... bagaimana perkembangan hidup... 13 mei... ada yang pernah menjadi rela masa inggeris menakluki tanah melayu... nie nak cerita sikit... tokjanggut ada pejuang yang amat dikenali... pada masa inggeris komunis adalah melayu juga.... pakcik saya nie jadi rela di gunung datuk... masa tue tok janggut dan orang2nya berada di dalam kawasan gunung datuk.... pakcik saya nie macam askar juga la lebih kurang... dan kumpulan tok janggut di gelar komunis katanya... askar inggeris telah pun mengepung kawasan gunung datuk... dan mencari kumpulan tok janggut.. tapi yang peliknya tak jumpa... dan mereka keluar dan menyuruh askar melayu untuk mencari... askar melayu hanya jumpa 2 org sahaja... seorang lelaki dan seorang perempuan.. dia tak ingat nama... tapi pakcik saya dia nampak tempat tok jaggut bertapa pada masa tue.. org nya takda hanya 2 org sahaja yang ada... urm mana agak nya mereka... apakah mereka boleh hilangkan diri.... ramai yang tak percaya.. tapi tok janggut dan orang2 nya telah hilang tapi tak tau kemana... pakcik saya kata hanya kesan pertapaan sahaja yang ada... tapi sekarang dah tiada... cerita ni menunjukan betapa hebatnya orang melayu.. ramai pendekar pada waktu tue... selepas kisah tok janggut ramai yang telah menuntut ilmu kebatinan dan persilatan kebanyakkan mereka menuntut silat cekak.. .... ADAKAH ANDA PERCAYA WUJUDNYA ILMU BATIN.. BOLEH HILANGKAN DIRI?... .. kuasa allah... adakah anda percaya kewujudannya...? tepuk dada tanya selera... sampai disini saja... masih da lagi kisah-kisah yang boleh dikongsikan bersama... insyallah saya akan kongsikan serba sedikit apa yang saya tahu... dan saya dengar...

Wednesday, October 1, 2008

raya pertama...

tak jauh berjalan tapi ada ilmu....
pagi2 g solat sunat hari raya...
huhu... raya...

allah........huakbar.....3
ish akhirnya masih hidup lagi hamba yang lemah ini......
bersyukur kehadrat ilahi diatas kurniaan nikmatnya dipagi raya nie...

tepat jam 2.30 petang pergi beraya di kuala klawang .. ada sup tulang
alamak sodap wei....
lepas tue raya rumah tok penghulu ... daerah jelebu....
disini ada banyak perkara yang hendak dikongsikan bersama dan hasrat beliau...
BACALAH PANTUN NIE
JOLOBAK JOLOBU....
TUAI PADI TIGO TANGKAI....
TAK KONO KOMEK JOLOBU
TAK MATI badan MEGHASAI.....

disebalik pekan kuala klawang banyak sejarah yang anda tidak tahu atau tidak ambil tahu...
berpandukan pantun diatas memang kawasan jelebu banyak sangat sejarah yang mssih tersorok dan belum diterokai oleh mana2 pihak.... setelah mendengar cerita serba sedikit barulah saya faham kehebatan jelebu... pahlawan2... orang lama yang ada... tidak dongeng tapi kebenaran yang nyata..... MERIAM... BOM.... BUKIT TERAJAH.... DAN banyak lagi.... insyaallah jika kesempatan waktu akan dicarikan gambar dan diceritakan ... dikawasan jelebu juga ada batu yang tertua diasia atau dunia tidak pasti.... orang kampung panggil gua kelawar... insyaallah akan dikongsikan bersama... tapi banyak kawasan di jelebu boleh dikomersilkan... produk-produk sejarah mereka masih lagi banyak tidak diteroka dan masih jauh tggal nya anak muda ... dalam era pembangunan mereka tidak lagi sedar sejarah mereka... ada lagi orang-orang lama yang masih tahu jalan cerita dan ada yang masih memegang ilmu mereka ... ADAKAH ANDA PERCAYA..? TEPUK DADA TANYA SELERA..? sejarah jepun tidak luput di kepala dan komunis masih lagi ada keturunannya di kawasan kuala klawang... sedarkah anda.... tahukah anda...
siapakah pewaris seterusnya.... itulah la.. kata pendekar yang ada.. setelah berbelas tahun tertannya adalah terjawab sedikit... untuk blogawan yang berminat dalam outdoor bolehlah datang dan lihat sendiri sejarah yang ada... dan di dalam hutan tebal masih ada lagi orang asli yang memang masih lagi mengamalkan tradisi kuno .... adakah kita mengkaji... APAKAH YANG KITA SIBUK? politik? .... banyak perkara yang akan terjawab ...... kenal kah anda dengan stadium paroi... tempat yang diberi nama paroi... apakah asal nama PAROI?.... PERSOALANNYA...... adakah kita mengetahui atau kita memperlecehkan perkara sebegini...
siapa yang akan bercerita dongeng, siapa yang benar...... KEBALKAH anda? BERANIKAH anda? bukan itu persoalannya tapi bijakkah? cerdikkah? bangsa kalau tak kenal asalnya... tak salah kalau nak diketepikan.... HEBATKAH KITA ? tahukah kita apa akan berlaku.... ? percayakah anda dengan ilmu kebatinan.... apakah anda perlukan bukti depan mata.... yang ghAIB memang tak nampak? kalau nampak... ya allah tak tahu la nak cakap!.... carilah sebagai pelindung diri anda... keselamatan anda bukan jadi gengster....... disini akan saya ceritakan serba sedikit sejarah jelebu.... baca renungkanlah.....!