Thursday, April 2, 2009

kawin

harini kawan saya akan melangsungkan perkahwinannya..... jadi besarlah tanggungjawab sebagai seorang suami..... perkahwinan berlansung di melaka.... petang nie saya akan terjah ke rumahnya.... bila semua perkara hampir dapat tunaikan apa yang patut kita tunaikan.... kawin tak menghalang seseorang untuk berjaya, mungkin membuka lagi pintu rezeki.... yang penting kita tahu dgn siapa kita berkahwin, untuk apa kita kawin, dan bagaimana kita nak menjadi yang terbaik....... bagi yang masih membujang carilah pasangan yang sesuai ..... sebenarnya tiada alasan persediaan takut atau berani sahaja.... bersama-sama kita berdoa agar mereka kekal ke akhir hayat...... insyaallah.... pesan saya untuk yang membujang carilah yang ada di depan mata anda.... mungkin dia sentiasa menanti tetapi kita tak pernah beri ruang dan peluang.... sekian....

sikap

tak kenal maka tak cinta kata pepatah melayu..... tapi kadang2 bila tak kenal menyampah pun ada... nak dijadikan cerita.... seorang kawan duduk di rumah sewa bersama-sama 7 orang kawan yang lain..... rumah agak besar dan agak menarik...... didalam rumah 7 orang yang bekerja kecuali seorang hamba allah nie belajar lagi..... kesibukan yang bekerja memang tak dinafikan.... yang belajar boleh tahan sibuk..... nak di ceritakan sikap seseorang ...... ini bukan lah umpatan tapi peringatan kepada semua supaya dijadikan teladan agar hidup lebih matang..... mereka nie kenal atas dasar kawan sekampung dan kenalan baru..... kehidupn mereka sibuk dalam mencari rezeki.... setalah sekian lama mereka duduk bersama seorang dari mereka telah keluar dari rumah untuk meneruskn kehidupan didalam bidang tentera.... sebagai kapten skuad elit..... kerana kemesraan itu dibuat dan di cipta oleh kapten ini, apabila kehilangannya menjadi keaadan rumah semakin pudar kerana yang segelintir hanyalah penting diri ...mereka ini hidup ibarat datuk bandar yang sentiasa di belai di gosok dan perasan terlalu kaya.... oleh kerana sifat yang agak negatif timbul masalah yang tidak menyenangkan hati...... pelajar yang duduk dirumah tidak hebat seperti yang bekerja dari segi duitnya.... jadi dia bersama rakanya masak dirumah.....kalau dahulunya kapten sentiasa masak dan makan bersama .... tapi kini hanya berdua sahaja maklumlah student..... yang selainnya makan diluar.... setelah sekian lama timbul masalah ..... bagi saya masalah ini hanyalah orang yang tidak matang didalam kehidupan mereka.... salah seorang lagi keluar untuk duduk ditempat lain dgn alasan membeli rumah baru.... alhamdulilah bagusnya dah beli rumah . persediaan awal namanya...... semua orang akan gembira apabila berita gembira itu disampaikan..... alangkah malangnya yang keluar itu apbila kenyataan keluar adalah kerana kereta asyik di cakar oleh kawan serumah.... satu statement bayi bukan kanak-kanak........ bukan sekadar itu sahaja banyak lagi .... jadi yang bakinya mengeluarkan satu lagi statement tuan rumah ingin mengambil semula rumah kerana sepupunya nak duduk.... tuan rumah ada 10 biji rumah dishah alam..... rumah yang ini juga dia nak...... apa yang berlaku sebenarnya mereka ni cuba untuk melarikan diri dari student dan kawanya sendiri..... dengan alasan mereka tidak sependapat..... tapi mengeluarkan satu statement yang tidak masuk akal ..... tgglah 2 sahaja termasuk yang baru masuk 2 orang untuk tggl dirumah sementara mendapat rumah sewa yang baru.... dengan berkat kesabaran mereka dapat rumah yang lain untuk disewa...... cerita agak tergantung sedikit..... sebenarnya sikap sombong, angkuh, tamak, tak sedar diri.... dan pelbagai lagi dalam diri kita sedar atau tidak..... berkawan memang susah nak cari yang terbaik..... tapi jika kita ubah untuk jadi kawan yang terbaik setentunya kita dapat yang terbaik..... ujian adalah perkara yang sentisa akan berlaku tapi bagaimanakah kesabaran kita sebagai seorang muslim yang berjaya...... kalau nak di kongsikan banyak dalam hidup kita seharian..... cerita seorang yang bijak tapi tak menunjuk pandai dan sentiasa tunduk dan memerhati..... sedar atau tidak kita tak tahu kita dimana sebenarnya adakah benar-benar bijak atau nampak bijak tapi sebaliknya..... bijak bukan dengan kata-kata tapi dengan pemikiran dan perlakuan.... ramai yang pandai bercakap tapi kurang boleh mengaplikasikan.... ramai yang boleh mengaplikasikan tapi kurang pandai bercakap.... jadi jika kita sedar siapa kita dan dimana kita setentunya sekilas ikan di air kita tahu jantan betina... sekian .......

Sunday, March 29, 2009

oh peperiksaan

tak lama lagi peksa dah .... bosan , letih semua ada.... kalau kata seorang yang lebih tua dari saya jangan lupa bawa timba..... kalau boleh carikan kerusi satu untuk dia duduk sebelah nak blaja sama,, itulah semangat jitu seorang yang berpengalaman dan matang......... semua nak ilmu ..... semua belajar ilmu.... tapi adakah mereka dapat ilmu yang sewajarnya atau yang sebaliknya..... jadi jika kita betul ingin cari ilmu kuncinya adalah guru.... ayooo selamat berperiksa untuk yang blaja dan selamat bkerja untuk yang bekerja....

Sunday, March 22, 2009

gunung nuang

gunung nuang group ........
lecturer spec mata hitam....
puncak gunung nuang ambil blood pressure.....

Tuesday, March 3, 2009

upm drag

15.2.2009 telah berlangsung sukan bermotor yang telah dianjurkan oleh musc.........
jarak 300 meter agak sesuai untuk acara motorsport..... gambar akan dipaparkan nanti....

Friday, January 16, 2009

bertunang

dulu, hari ini, esok, kelak, kemudian..........................
berbagai-bagai yang tak dapat nak ditafsirkan lagi dulu, dan sebagainya.......
yang pastinya ujian tetap akan berlaku tak kira siapa dia PERDANA MENTERI , USTAZ dan sebagainya tetap akan menharungi dugaan didalam hidup masing-masing...................... hari ini saya nak berkongsi mengenai pertunangan kawan saya ....... dia akan bertunang pada 31.01.2009..... tarikh nie cantik tapi cuma dihujung bulan..... saya berjumpa dia pada pukul 10.00 malam . dia datang dari putrajaya. ... dia menceritakan kisahnya yang akan bertunang pada hujung bulan januari ini.. si dia ini berkenalan selama 6 tahun...... saya turut ada bersama si dia sewaktu perkenalan mereka dulu...... si dia memulakan cerita dengan barangan yang telah pun dibeli...... agak besar juga belanja kawan saya ni... si dia habis RM6000 untuk membeli cincin 2 bentuk dan hantaran...... pada saya agak besar jumlahnya..... mungkin pada yang lain sedikit...... si dia hampir sepenuhnya menyiapkan hantaran tersebut...... pertunangan ini adalah kerana pihak perempuan ataupun bakal tunangnya telah menyuruh kawan saya untuk masuk meminang kerana ada takut orang lain masuk meminang.... setelah menyediakan kesemua baranngan hantaran..... kawan saya pun memberitahu bakal tunangnya..... happy juga lah kedua-dua pihak kerana mereka akan merapatkan lagi hubungannya ataupun tanda sebelum untuk mereka menikah..... bakal tunangnya bertanyakan.. boleh ke kawan saya duduk atau pindah ke tempatnya di pantai timur..... kerana bakal tunangnya tak mahu meninggalkan kampung halamannya..... kawan saya mengatakan tidak sebab dia ada kareernya sendiri..... jadi bermulalah perang dingin ....... apa yang terjadi mereka telah memutuskan hubungan sebelum bertunang..... senang cerita tak jadilah bertunang...... dan bakal tunangnya pun mengatakan ada orang bakal masuk meminang bulan march akan datang..... sampai disini sahaja ceritanya.... yang pastinya mereka tak jadi bertunang..... mungkin bukan jodoh.... ataupun sedia dirancang..... saya pun tak mahu buruk sangka...... kalau jodoh tak kemana...... ini adalah hakikat dan cerita yang saya nak kongsikan kepada semua....... perkara sebegini sering berlaku walaupun tak semua tapi hampir semua mengalami masalah ini....... apa yang patut kita tahu adalah try to be fair..... perbincangan...... dan membuat keputusan di dalam keadaan kita waras dan telah berfikir......
jika nak bertunang pun boleh tak jadi apatah lagi kalau bernikah besok bercerai ...... jangan jadikan bercerai sebagai perkara yang remeh..... semua ini adalah bermula dari akhlak kita sendiri..... maksud saya adalah didikan agama....... jika kita berpelajaran sekali pun belum tentu akhlak kita bagus tanpa didikan agama yang sempurna...... mungkin kita bijak tapi siapa kita tanpa bantuan ilahi...... sampai disini sahaja ..... untuk yang bertunang jagalah hubungan sampai akad...... yang sedang bercinta pohonlah restu ibubapa..... tanpa mereka kita tak wujud di dunia.... yang telah pun akad jalankan tangungjawab bersama-sama.... sekian

Thursday, January 15, 2009

israel + a.s vs palestin

israel yang dikenali oleh semua orang...... a.s lagi la ....... amerika nie sebenarnya cerdik .... dengan kemodenan senjatanya menyebabkan kuasa di tangannya...... israel yang kecil juga yang berani serang palestin...... apa tujuannya...... KUASA..... memang semua orang tau..... kuasa besar...... nak serang sebab nak berkuasa...... nak mennaikan ekonomi...... nak membunuh islam yang mara.... nak curi hasil pertanian..... semua jawapan ada, semua blogawan boleh jawab...... amerika hanya hantar israel yang sememangnya musuh islam dari azali lagi..... sedarkah kita..... bila dah serang barulah boikot produk amerika.... tapi sedarkah kita ... orang-orang yahudi atau bukan islam memang telah lama tak suka islam.... dan akan sentiasa menyerang islam.... tak kira peperangan.. hiburan .. teknologi... yang penting tetap serang...... yang rosak akan terus rosak ........ persoalannya MENGAPA SEKARANG BARU NAK BOIKOT.... kenapa kerajaan tak ambil langkah supaya tutup terus kan senang..... pada pendapat saya bukan sekarang dulu pun dah boikot.... tapi masih kaya ada wujud..... SIAPA NAK JAWAB..... palestin.... israel.... amerika..... kilang arak kat highway faderal siapa yang punya..... jawapan nya mesti ada yang tahu..... kenapa tak tutup..... nak biarkan orang islam minum sekali.... mcdonald kenapa tak tutup.... tutup teruslah.... biar rugi terus..... boikot tak guna.... tutup terus kan senang...... tak kira la apepun produk asalkan dari amerika tutup...... tak guna kita boikot supaya jangan beli...... kita mesti sedar dan tidak membiarkan lagi..... SIAPA YANG PATUT BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENUTUP .... jawapannya anda sendiri pun boleh jawab.... kenapa mereka tak buat..... ? kita tak suruh tak cakap..... mereka ada yang ada share besar ...... seperti kilang arak.... sebab ada share besar.... takkan nak bagi tahu pula.... bertopeng kan israel ..... bukan binatang lagi .... tapi bertopeng israel.... israel ni lebih teruk daripada babi yang sudah sememangnya haram dimakan.... tapi babi tak bunuh orang islam.... cuma babi dilarang dimakan..... orang-orang yang bertanggungjawab nie samalah macam israel..... buat-buat tak tau lepas itu pungut share.... itu yang patut kita boikot.... orang kita sendiri ....... tak lama lagi nak mengundi .... apa tunggu lagi.... untuk orang yang bakal mengundi dan layak mengundi cadangkan supaya tutup terus kilang ,barangan, apa-apa yang berkaitan amerika..... baru betul.... BOLEH KE TAK BOLEH anda yang jawab.... our responsibility..... kalau mereka yang tak buat itu namanya israel.... kekerasan yang berlaku adalah ujian dan tandanya kiamat semakin hampir ..... jadi disini marilah kita bersama untuk berdoa agar kita diampunkan dan diberi hidayah ....... apa yang kita jelas tetap berlaku ...... sudah termaktub yang orang kafir tidak semudah ABC memberi peluang dan ruang kepada orang islam.... jadi bersama-sama kita sedar .... apa yang berlaku adalah peringatan kepada kita apa yang tertulis didalam al-quran itu benar...... bahawa hadis nabi S.A.W itu benar..... pernahkah kita sedar..... bukan dengar dan lihat tanpa sedar.... pa yang berlaku dipalestin adalah perkara yang teramat dasyat... bermohonlah agar yang terkorban diberi rahmat oleh ALLAH dan diampun kan mereka..... bermohonlah kepada ALLAH agar selamatkan bumi palestin..... dan kita yang selamat disini masih bernyawa dan sempat untuk bermunajat ke hadrat ilahi... dan memohon diberi hidayah dari ilahi..... dan masih sempat untuk kita tutup produk ker apa sahaja yang berkaitan amerika .... kalau boikot tak beli tapi malaysia masih menyumbang lagi.... jadi tutup langsung takda,.... senang cerita.....

Sunday, January 4, 2009

heddy humaizi

itulah nama client saya....... berumur 36 tahun........ yang mempunyai semangat untuk menurunkan berat badannya......... beliau merupakan bekas pelajar uitm shah alam....... dulu laaaa...... setelah berkenalan dgn beliau selama 2 bulan...... merupakan seorang yang bersemangat dan berjiwa besar.... tak hairanlah kedudukan yang beliau ada sekarang...... seorang yang rendah diri....... alhamdulilah perubahan pada dirinya membuatkan beliau lebih bersemangat lagi untuk meneruskan training...... bukan kerana jurulatih tetapi diri beliau sendiri yang begitu waja...... beliau akan menyambung lagi sessi latihannnya...... dan ada lagi kawannya dulu merupakan student upm dalam perhutanan...... banyak yang boleh dikongsikan bersama blogawan semua.... apa yang penting pada diri ini adalah sentiasa berusaha dan tak lupa pada yang esa...... jangan suka tuding jari pada orang lain..... mungkin kita diatas kita bangga suatu hari yang di tuding akan berada diatas kita...... allah maha berkuasa.....

kerja......

alhamdulilah.... syukur ke hadrat ilahi ..... selamat sudah akhirnya saya menyelesaikan kerja semasa cuti semester...... sekarang dah mula untuk ke semester baru........ tahniah kesemua warga uitm kembali segar tak kira pelajar atau pengajar....... sudah puas untuk memuaskan benda yang patut dipuaskan pada semester lepas ...... dan kini kembali ke era baru..... azam baru ...... ada yang dapat musibah .... ada yang mendapat berita gembira ... ada yang di tengah-tengah lautan...... TAPI APAKAH PERBEZAAN DIANTARA MEREKA UNTUK KITA PERKATAKAN.... SEDANGKAN KITA TAK SEMPURNA MANA SEPERTI MANA NABI S.A.W....... dan ingat lah ALLAH tak mengubah nasib seseorang manusia melainkan diri mereka..... jadi kita sebagai manusia tak perlu memikirkan jika kita tak pernah bnerhadapan dengan orang yang kita cerita tak pernah tidur sebantal tinggal sebumbung....... dah lama saya tak tulis dalam blog..... asyik membaca dan melihat orang hebat-hebat berkata..... walaupun saya tak sehebat tun mahathir tapi saya pun sama seperti beliau .... manusia..... walaupun saya tak sepetah Dato' anwar ibrahim..... saya masih boleh berkata-kata.... tapi saya mengharapkan perlindungan dari perkara yang tidak baik..... semoga allah memelihara setiap deria yang sedia ada..... perkara yang lepas kita jadikan memori .... dan kuatkan semangat...... belajar mencari alternatif baru untuk dunia baru bukan sentiasa dengan pegangan lama..... sepanjang cuti penat juga bekerja tapi alhamdulilah.... ramai juga kawazn2 yang balik dari oversea.... dapatlah berjumpa dan berkongsi.... banyak yang saya ceritakan kepada mereka semua.... yang pastinya ..... jika kita nak mengubah seseorang ADAKAH KITA DAH CUKUP BERUBAH... JIKA KITA RASA LANGIT KITA CAPAI ADAKAH ITU ANGAN-ANGAN..... seperti contoh kita tak berdaya untuk menghapuskan kemiskinan..... tapi kita bagi tahu semua orang kita akan membasmikan kemiskinan.... salah satu dari petanda kiamat kemiskinan semakin meningkat..... apalah daya kita nak mengubahnya.... banyak perkara yang kita perlu belajar dari hidup menipu diri sendiri.... jika perkara yang kita lakukan itu adalah satu perkara yang boleh menhilangkan stress dan memberi semangat yang baru jangan kita tukar sebaliknya.... akibatnya kita tak berjaya .... dan akhirnya kita yang kata mereka itu lemah..... SIAPAKAH KITA.... itulah dinamakan hipokrit dalam diri sendiri..... pelbagai lagi yang nak dikongsikan ..... saya bukan seorang yang berjaya seperti yang lain..... tapi saya dapat belajar sesuatu dalam hidup ini..... mana yang putih mana yang hitam.... orang putih kata TALK CANNOT COOK RICE.... kita cakap jer orang lain penat orang lain yang dapat..... itulah untuk orang-orang yang bercakap sampai nasi pun tak masak.... sampai disini sahaja insyallah .... ada masa saya coretkan lagi didalam blog...