Saturday, October 11, 2008

prinsip menjaga kesihatan jiwa atau psikologi

Manusia pada fitrahnya terdiri daripada unsur jasmani badani dan ruhani. Unsur yang pertama itu melibatkan aspek fizikal tubuh badan dan unsur kedua melibatkan aspek jiwa dan kedirian. Setiap aspek ini mempunyai tahap kesihatannya yang tersendiri. Kesihatan jiwa dapat dijelaskan sebagai penyesuaian individu dengan dirinya sendiri dan dengan lingkungan persekitarannya secara umumnya sehingga dia merasai kebahagiaan, kepuasan, lapang dada dan tingkah laku sosial yang sejahtera pada tahap yang maksimun serta berkemampuan untuk menangani dan menerima realiti hidup. Ia berkaitan dengan bagaimana seseorang itu dapat menyesuaikan dengan dirinya sendiri, orang lain dan alam sekelilingnya dan keupayaan memikul tanggungjawab hidup serta menghadapi kesukarannya. Selain itu, kesihatan jiwa meliputi kesediaan seseorang itu menghadapi krisis dan cabaran kehidupan serta rasa kepuasan dan kebahagiaan yang dialaminya. Kebahagiaan itu sama ada dialami oleh dirinya sendiri atau dengan orang lain.
Kesihatan jiwa dapat diukur dengan petunjuk-petunjuk (indikator) berikut:
Dia merasai keamanan dan ketenteraman jiwa melalui aqidah dan ibadah.
Menerima dirinya dengan seadanya, merasai nilai dan harga diri di samping dia menerima dan menghargai kehadiran orang lain.
Kemampuan untuk mengadakan hubungan yang baik dan berkesan dengan orang lain.
Seorang yang realistik dalam melihat kehidupan, menghadapi kesukaran hidup dan kesempurnaan yang dijangka akan dicapai.
Kematangan dalam memberi reaksi seperti berdikari, berkeyakinan, realistik, sabar menghadapi krisis, merasai ketenangan dan kebahagiaan, keupayaan menghasilkan keluaran.
Petunjuk-petunjuk kesihatan jiwa ini didasarkan kepada aspek-aspek yang membentuk diri seseorang itu iaitu aspek kerohanian, kejiwaan, sosial dan biologi. Kesemua aspek ini hendaklah berada di tahap yang seimbang. Seseorang itu dikatakan mempunyai jiwa yang sihat apabila dia dapat menyeimbangkan dan menyelaraskan antara dorongan keempat-empat aspek dirinya. Apabila ini tercapai dia akan menjalani kehidupan yang bertepatan dengan fitrah dirinya yang ditentukan Allah s.w.t. ya’ni aqidah Tauhid. Segala tuntutan-tuntutan yang wujud pada dirinya disempurnakan berdasarkan konsep Tauhid dengan meletakkan diri di bawah kehendak Syari’at. Oleh kerana itu, fitrah ini memerlukan kepada Syari’at yang menjaganya, membajainya dan menyuburkannya. Usaha-usaha ini diselenggarakan oleh Rasulullah s.a.w. yang datang sebagai rasul untuk membimbing manusia dan meletakkan mereka semula di atas landasan fitrah.
Merujuk kepada hadis-hadis Rasulullah s.a.w., terdapat sekurang-kurang tiga pendekatan utama untuk mendidik manusia ke arah menyelaraskan aspek-aspek kehidupan manusia itu.
Pendekatan pertama merujuk kepada memperkasakan aspek rohani melalui keimanan dengan Allah s.w.t., ketaqwaan kepada-Nya dan melaksanakan pelbagai bentuk ibadah.
Pendekatan kedua merujuk kepada pengawalan aspek fizikal dengan menguasai hawa nafsu dan syahwat tanpa melampaui batas demi kemaslahatan individu dan masyarakat.
Pendekatan ketiga dengan memberi perhatian dan kepentingan kepada mendidik manusia dengan sifat-sifat dan kebiasaan yang penting bagi kematangan reaksi dan sosial, kematangan peribadi sebagai persediaan untuk memikul tanggungjawab sepanjang hayat dan memainkan peranan penting dalam kemajuan masyarakat dan mema’murkan alam ini dengan kesedaran dan cekap.
1. Memperkasakan aspek kerohanian
1.1 Beriman dengan Allah, mentauhidkan-Nya dan beribadah kepada-Nya
Rasulullah s.a.w. menyeru umatnya supaya beriman kepada Allah dan menjauhi syirik serta mengabdikan diri hanya kepada-Nya sahaja. Keimanan mempunyai kesan yang mendalam dalam diri orang beriman sehingga peribadi yang jahiliah bertukar menjadi seorang yang bertaqwa. Aqalnya bebas dari ketahyulan dan khurafat. Ketakutan kepada maut bertukar kepada kecintaan berkorban untuk agama. Kegembiraan untuk bersedeqah dan berbakti kepada masyarakat telah menghilangkan ketakutan akan kemiskinan dan bala bencana.
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik daripada Rasulullah s.a.w. bersabda: "Seseorang yang memiliki tiga perkara ini akan mendapat kemanisan iman, iaitu kasih kepada Allah dan Rasul melebihi daripada yang lain, dia mengasihi seorang yang lain semata-mata kerana Allah dan dia tidak suka kembali kepada kekufuran seperti mana dia tidak suka dicampakkan ke dalam api. (al-Bukhari dan Muslim)
Kemanisan iman menjadikan apa-apa yang membawa kepada keredhaan Allah dan Rasul itu mudah kepadanya, sehingga dia tidak mahu menukarkan keimanan kepada Allah dengan perkara lain. Cinta kepada Allah dan Rasul menjadikan dirinya menyintai orang-orang yang sama-sama menyintai Allah dan Rasul. Dengan itu, dia sanggup mempertahankan imannya itu walau diuji dengan apa sekalipun.
Rasulullah s.a.w. sentiasa menyeru para sahabat supaya berpegang teguh dengan iman kepada Allah dan mendekatkan diri kepada-Nya, mengikuti jalan yang diredhai-Nya dan meletakkan pergantungan kepada-Nya sahaja. Rasulullah s.a.w. mengajarkan mereka walaupun pada peringkat kanak-kanak supaya tidak takut melainkan kepada Allah dan hanya meminta daripada Allah sahaja sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas ketika beliau bersama-sama Rasulullah s.a.w. menunggang kenderaan.
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ كُنْتُ خَلْفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا فَقَالَ يَا غُلَامُ إِنِّي أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ احْفَظْ اللَّهَ يَحْفَظْكَ احْفَظْ اللَّهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلْ اللَّهَ وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ وَاعْلَمْ أَنَّ الْأُمَّةَ لَوْ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوكَ إِلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ لَكَ وَلَوْ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوكَ إِلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ عَلَيْكَ رُفِعَتْ الْأَقْلَامُ وَجَفَّتْ الصُّحُفُ
قَالَ هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
Diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas katanya, suatu hari saya berada di belakang Rasulullah s.a.w. lalu baginda bersabda: "Wahai anak! Aku akan ajarkanmu beberapa perkataan, peliharalah Allah nescaya Dia menjaga engkau. Peliharalah Allah pasti kamu dapati-Nya di hadapan engkau. Apabila engkau memohon maka pohonlah daripada Allah. Apabila engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan daripada Allah. Ketahuilah sesungguhnya umat itu kalau mereka berkumpul untuk memberi manfaat kepada engkau dengan sesuatu tidaklah mereka memberikannya kepada engkau kecuali dengan sesuatu yang sudah dituliskannya oleh Allah kepada engkau. Sekiranya mereka berkumpul untuk memberi mudarat kepada engkau dengan sesuatu, tidaklah mereka memberikannya kepada engkau kecuali dengan sesuatu yang sudah dituliskannya oleh Allah kepada engkau. Pena-pena telahpun diangkat dan catatan telahpun kering. (al-Tirmizi)
Keimanan dengan Allah s.w.t. mengisi dan memenuhi jiwa dengan rasa kelapangan, redha dan bahagia. Dia hidup dengan penuh ketenangan dan kerehatan jiwa, kerana orang mu`min yang ikhlas sentiasa merasai betapa dekatnya dirinya dengan Allah s.w.t. Dia menyakini bahawa Allah s.w.t. sentiasa menjaga dan melindunginya. Dengan wujudnya perasaan sebegini, Allah s.w.t. meletakkan kasih sayang masyarakat kepada orang itu di samping segala urusan dunia menjadi mudah kepadanya.
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ كَانَتْ الْآخِرَةُ هَمَّهُ جَعَلَ اللَّهُ غِنَاهُ فِي قَلْبِهِ وَجَمَعَ لَهُ شَمْلَهُ وَأَتَتْهُ الدُّنْيَا وَهِيَ رَاغِمَةٌ وَمَنْ كَانَتْ الدُّنْيَا هَمَّهُ جَعَلَ اللَّهُ فَقْرَهُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ وَفَرَّقَ عَلَيْهِ شَمْلَهُ وَلَمْ يَأْتِهِ مِنْ الدُّنْيَا إِلَّا مَا قُدِّرَ لَهُ
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik daripada Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa akhirat menjadi niat dan tumpuannya, Allah s.w.t. meletakkan kekayaan dalam hatinya dan menyatukan urusan-urusannya yang berselerak dan dunia datang dengan tunduk kepadanya. Sesiapa yang dunia menjadi niat dan tumpuannya maka Allah s.w.t. meletakkan kefaqiran di antara kedua matanya dan meyelerakkan urusan-urasannya dan dunia tidak datang kepadanya kecuali apa yang telah ditentukan untuknya. (al-Tirmizi)
Hadis ini menjelaskan bagaimana iman seseorang kepada hari Akhirat menjadikan hidupnya itu tenang dan dia tidak merasa kerisauan tentang keadaan yang sukar dialaminya. Pada ketika itu semua urusannya menjadi mudah kerana dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Hadis ini juga mengingatkan kita tentang akibat buruk kerana mementingkan kebendaan mengatasi kepentingan agama.
1.2 Taqwa
Perkara yang paling penting selepas keimanan ialah taqwa. Secara umumnya taqwa bermaksud sentiasa menjaga diri dengan menegakkan kebenaran, keadilan, amanah dan bersifat benar, berinteraksi dengan masyarakat dengan cara yang baik, menjauhi permusuhan dan melaksanakan tugas yang diserahkan kepadanya dengan sebaik-baiknya.
عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اتَّقِ اللَّهِ حَيْثُمَا كُنْتَ وَأَتْبِعْ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ قَالَ وَفِي الْبَاب عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
Daripada Abu Zar katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda kepadaku: "Bertaqwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada, ikutilah kejahatan dengan kebaikan dan berakhlaklah dengan manusia dengan pekerti yang baik. (al-Tirmizi)
Di mana sahaja berada dan dalam situasi yang bermacam-macam, kita diperintahkan supaya bertaqwa, melakukan kebaikan dan berakhlak mulia. Oleh kerana taqwa merupakan satu tuntutan yang merangkumi ma’na yang luas, ia mempunyai pelbagai bentuk sesuai dengan keadaan. Ketika masuk waktu sembahyang, taqwa dizahirkan dengan mendirikan sembahyang, apabila mempunyai harta lebihan, zakat dan sedekah dikeluarkan. Apabila berada dalam masyarakat, taqwa dijelmakan dengan akhlak pekerti yang mulia. Apabila seseorang itu berada dalam keadaan ketaqwaan dia akan memperolehi keamanan dan ketenteraman.
Sebaliknya, apabila dia melakukan kesilapan dan kejahatan dia merasa tidak tenteram dan cemas. Untuk mengatasi perasaan sebegini Rasulullah s.a.w. mengajarkan kita agar membaiki kesalahan tersebut dengan melakukan kebaikan. Amal yang baik mempunyai kesan yang kuat dalam merawat kegusaran hati. Ini bermakna kebajikan akan mengembalikan keadaan diri kepada ketenangan. Perkara ini telah ditegaskan dalam firman Allah s.w.t.:
وَأَقِمِ الصَّلَاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ذَلِكَ ذِكْرَى لِلذَّاكِرِينَ
Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat. (Surah Hud: 114)
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَنَاجَشُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَلَا يَبِعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَيْعِ بَعْضٍ وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يَخْذُلُهُ وَلَا يَحْقِرُهُ التَّقْوَى هَاهُنَا وَيُشِيرُ إِلَى صَدْرِهِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ بِحَسْبِ امْرِئٍ مِنْ الشَّرِّ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ دَمُهُ وَمَالُهُ وَعِرْضُهُ
Daripada Abu Hurairah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan kamu saling berdengki, saling memuji barang untuk melariskannya, saling membenci, memulau dan jangan antara kamu yang membeli atas pembelian orang lain, hendaklah kamu menjadi hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain, dia tidak menzaliminya, tidak menghinanya. Taqwa itu di sini-baginda mengisyaratkan kepada dadanya sebanyak tiga kali-. Cukuplah seseorang itu melakukan kejahatan dengan menghina saudaranya yang muslim. Setiap muslim darahnya, hartanya dan maruahnya haram ke atas muslim yang lain. (Muslim)
1.3 Tekun Dalam Ibadah
Dengan melaksanakan pelbagai bentuk ibadah, seseorang itu dapat membentuk keperibadian, menyucikan jiwa dan mengajarkannya banyak sifat-sifat yang terpuji yang membantunya menghadapi tanggungjawab kehidupan seterusnya membentuk peribadi yang seimbang yang menikmati kesihatan jiwa. Ibadah mengajar seseorang menanggung kesukaran, melawan nafsu dan mengawal syahwatnya. Selain itu, dia akan memperolehi keazaman yang kuat dan kasih sayang daripada orang lain dengan berbuat ihsan kepada mereka. Secara tidak langsung, ibadah akan menyuburkan penyertaan dalam masyarakat, semangat kerjasama dan jaminan sosial.
Mendekatkan diri kepada Allah dengan ibadah memberi kesan yang mendalam dalam diri seseorang. Perasaannya sentiasa hampir dengan Allah s.w.t. dan dia merasa amat bahagia kerana dekatnya Allah s.w.t. dengan dirinya. Ibadah wajib dan sunnat sama berperanan dalam menimbulkan kesan ini dalam jiwanya.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ قَالَ مَنْ عَادَى لِي وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالْحَرْبِ وَمَا تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبْدِي بِشَيْءٍ أَحَبَّ إِلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُ عَلَيْهِ وَمَا يَزَالُ عَبْدِي يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِي يَسْمَعُ بِهِ وَبَصَرَهُ الَّذِي يُبْصِرُ بِهِ وَيَدَهُ الَّتِي يَبْطِشُ بِهَا وَرِجْلَهُ الَّتِي يَمْشِي بِهَا وَإِنْ سَأَلَنِي لَأُعْطِيَنَّهُ وَلَئِنْ اسْتَعَاذَنِي لَأُعِيذَنَّهُ
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah s.w.t. berfirman: Siapa yang memusuhi wali-Ku, Aku isytiharkan perang ke atasnya, tidak ada sesuatu yang hambu-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku lebih Aku kasihi daripada perkara-perkara yang telah Aku fardhukan ke atasnya. Hamba-Ku terus mendekatkan dirinya kepada-Ku sehingga Aku mengasihinya. Apabila Aku mengasihinya maka Aku menjadi pendengarannya yang dia mendengar dengannya, penglihatan yang dia melihat dengannya, tangannya yang dia menyentuh dengannya dan kakinya yang dia berjalan dengannya. Sekiranya dia meminta daripada Aku akan Aku berikan kepadanya, sekiranya dia meminta perlindungan daripada Aku, akan Aku lindunginya. (al-Bukhari)
2. Kawalan Aspek Fizikal
2.1 Kawalan Terhadap Motivasi Dan Dorongan Diri
2.1.1 Memenuhi Dorongan Diri Dengan Cara Yang Halal
Rasulullah s.a.w. menyeru umatnya supaya memenuhi tuntutan dorongan diri dengan cara yang halal dan menghindari jalan yang haram. Islam mengakui tuntutan tersebut kerana ia merupakan tabiat kejadian manusia dan merupakan jalan yang memudahkan seseorang mendekatkan diri kepada Allah berbeza dengan penganut agama lain yang menganggap halangan untuk dekat dengan Tuhan.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ لَا يَقْبَلُ إِلَّا طَيِّبًا وَإِنَّ اللَّهَ أَمَرَ الْمُؤْمِنِينَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِينَ فَقَالَ { يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنْ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا إِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ }
وَقَالَ { يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ } ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ يَا رَبِّ يَا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ
Daripada Abu Hurairah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Wahai manusia sesungguhnya Allah s.w.t. Maha Baik, tidak menerima melainkan yang baik sahaja. Sesungguhnya Allah s.w.t. memerintahkan orang-orang mu`min apa yang diperintahkan kepada rasul-rasul. Dia berfirman: "Wahai rasul-rasul makanlah yang baik-baik dan beramal soleh sesungguhnya Aku Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan. Allah s.w.t. berfirman lagi: "Wahai orang-orang yang beriman makanlah yang baik-baik yang Kami kurniakan kepada kamu." Kemudian Rasulullah s.a.w. menyebutkan seorang lelaki yang bermusafir jauh dengan rambut yang kusut masai menadah tangan ke langit berdoa, Ya Tuhanku, Ya Tuhanku sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaian haram. Bagaimana dia akan dikabulkan sedangkan dia membesar dengan yang haram. (Muslim dan al-Tirmizi)
Menjadi kewajipan kepada setiap mendapatkan makanan dan minuman yang halal. Mengambil perkara-perkara yang haram menyebabkan seseorang itu jauh daripada Rahmat Allah. Apabila dia berdoa doanya tidak diperkenankan. Perintah supaya mengambil makanan yang baik bererti seseorang itu mestilah mengutamakan kesihatannya supaya kehidupannya berjalan dengan selesa dan tenang tanpa sebarang gangguan penyakit.
Kehampaan dalam mendapatkan apa yang dihajati menjadikan seseorang itu putus asa. Untuk mengelakkan daripada gejala ini, mestilah dicermati sumber ambilan makanan supaya yang halal sahaja. Bagaimanapun, doa orang yang soleh tidak semestinya dimakbulkan terus. Adakalanya ia ditangguhkan kepada suatu masa yang tertentu, diganti dengan sesuatu yang lain atau diselamatkan daripada mala petaka. Apa yang penting ialah bersabar dan terus berdoa.
عَنْ خَوْلَةَ الْأَنْصَارِيَّةِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ رِجَالًا يَتَخَوَّضُونَ فِي مَالِ اللَّهِ بِغَيْرِ حَقٍّ فَلَهُمْ النَّارُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Daripada Khaulah al-Ansariyyah katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya beberapa orang lelaki yang menggunakan harta Allah tanpa cara yang benar maka mereka mendapat api neraka pada hari Qiamat. (Al-Bukhari dan al-Tirmizi)
Memenuhi tuntutan dorongan diri dengan cara yang haram bertentangan dengan hakikat keimanan kepada Allah s.w.t. dan itu tidak berlaku kepada orang yang memiliki keimanan yang tulen dan bersih.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَزْنِي الزَّانِي حِينَ يَزْنِي وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلَا يَشْرَبُ الْخَمْرَ حِينَ يَشْرَبُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلَا يَسْرِقُ السَّارِقُ حِينَ يَسْرِقُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلَا يَنْتَهِبُ نُهْبَةً يَرْفَعُ النَّاسُ إِلَيْهِ فِيهَا أَبْصَارَهُمْ وَهُوَ مُؤْمِنٌ
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak berzina seorang penzina ketika dia berzina dalam keadaan beriman, tidak mencuri seorang pencuri ketika dia mencuri dalam keadaan beriman dan tidak dia merampas satu bendapun dalam keadaan orang-orang hanya mampu melihat sahaja bahawa dia dalam keadaan beriman. (al-Bukhari, Muslim)
Setiap orang mempunyai keinginan seksual, berseronok, memiliki harta dan keinginan lain. Memenuhi keinginan tersebut dibenarkan dengan cara yang sesuai dengan sifat Islam iaitu menjaga kehormatan agama, nyawa, keturunan, akal dan harta. Hak orang lain tidak boleh dirampas kerana bertentangan dengan prinsip menjaga keadilan dan menjauhi kezaliman. Keseronokan yang diperolehi dengan cara yang haram menjadi bebanan dan penyesalan kerana ia tidak berkekalan.
عَنْ النَّوَّاسِ بْنِ سِمْعَانَ الْأَنْصَارِيِّ قَالَ سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْبِرِّ وَالْإِثْمِ فَقَالَ الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي صَدْرِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ
Daripada al-Nawwas bin Sim’an al-Ansari katanya, saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang kebajikan dan dosa. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kebajikan itu ialah berakhlak baik dan dosa itu apa yang kamu merasa ragu-ragu dan kamu tidak suka manusia melihatnya. (Muslim, al-Tirmizi)
Hadis ini menyatakan seorang mu`min yang sempurna dan teguh imannya, hatinya akan lapang untuk melakukan kebaikan sehingga itu menjadi kebiasaan kepadanya dan dia akan merasa tidak senang terhadap kejahatan. Apabila dia digoda oleh syaitan dan nafsunya hatinya akan menolak dengan merasa teragak-agak untuk melakukannya.
Hadis ini juga menyatakan dosa akan menimbulkan rasa takut pada pelakunya dan dia tidak mahu sesiapa yang mengetahui dia melakukannya.
2.1.2 Memenuhi dengan cara sederhana
عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ لِابْنِ آدَمَ حَقٌّ فِي سِوَى هَذِهِ الْخِصَالِ بَيْتٌ يَسْكُنُهُ وَثَوْبٌ يُوَارِي عَوْرَتَهُ وَجِلْفُ الْخُبْزِ وَالْمَاءِ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
Daripada ‘Uthman bin ‘Affan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Anak Adam tidak patut mendapat hak selain dari perkara-perkara berikut, sebuah rumah yang didiaminya, pakaian yang menutup auratnya, roti yang kasar dan air. (al-Tirmizi)
Qadhi ‘Iyadh berkata, yang dimaksudkan dengan hak ialah apa yang berhak diperolehi oleh seseorang kerana memang keperluannya dan hidupnya itu bergantung dengannya. Inilah maksud yang sebenar bagi harta. Al-Mubarakfuri menghuraikan bahawa yang lain daripada perkara yang disebutkan itu akan disoal dan dituntut mensyukurinya.
Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w. melarang daripada berlebihan dalam makanan, minuman dan pakaian. Berlebihan dalam makanan dan minuman boleh membawa kepada pelbagai jenis penyakit. Sebenarnya manusia itu hanya memerlukan makanan dengan kadar yang sedikit yang memberikan tenaga yang diperlukan untuk kehidupan yang sihat dan melakukan tugas-tugasnya. Tenaga yang tidak diperlukan itu akan bertukar kepada lemak yang akhirnya mengganggu kelancaran pergerakan dan kerja seseorang. Akibatnya dia mudah terdedah kepada penyakit yang berbahaya. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:
طَعَامُ الِاثْنَيْنِ كَافِي الثَّلَاثَةِ وَطَعَامُ الثَّلَاثَةِ كَافِي الْأَرْبَعَةِ
Makanan dua orang mencukupi untuk tiga orang dan makanan tiga orang mencukupi untuk empat orang. (Al-Bukhari, Muslim)
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ أَكْثَرَ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمْ مَا يُخْرِجُ اللَّهُ لَكُمْ مِنْ بَرَكَاتِ الْأَرْضِ قِيلَ وَمَا بَرَكَاتُ الْأَرْضِ قَالَ زَهْرَةُ الدُّنْيَا فَقَالَ لَهُ رَجُلٌ هَلْ يَأْتِي الْخَيْرُ بِالشَّرِّ فَصَمَتَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى ظَنَنَّا أَنَّهُ يُنْزَلُ عَلَيْهِ ثُمَّ جَعَلَ يَمْسَحُ عَنْ جَبِينِهِ فَقَالَ أَيْنَ السَّائِلُ قَالَ أَنَا قَالَ أَبُو سَعِيدٍ لَقَدْ حَمِدْنَاهُ حِينَ طَلَعَ ذَلِكَ قَالَ لَا يَأْتِي الْخَيْرُ إِلَّا بِالْخَيْرِ إِنَّ هَذَا الْمَالَ خَضِرَةٌ حُلْوَةٌ وَإِنَّ كُلَّ مَا أَنْبَتَ الرَّبِيعُ يَقْتُلُ حَبَطًا أَوْ يُلِمُّ إِلَّا آكِلَةَ الْخَضِرَةِ أَكَلَتْ حَتَّى إِذَا امْتَدَّتْ خَاصِرَتَاهَا اسْتَقْبَلَتْ الشَّمْسَ فَاجْتَرَّتْ وَثَلَطَتْ وَبَالَتْ ثُمَّ عَادَتْ فَأَكَلَتْ وَإِنَّ هَذَا الْمَالَ حُلْوَةٌ مَنْ أَخَذَهُ بِحَقِّهِ وَوَضَعَهُ فِي حَقِّهِ فَنِعْمَ الْمَعُونَةُ هُوَ وَمَنْ أَخَذَهُ بِغَيْرِ حَقِّهِ كَانَ كَالَّذِي يَأْكُلُ وَلَا يَشْبَعُ
Daripada Abu Sa’id al-Khudri katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti menimpa kamu ialah keberkatan dunia yang Allah s.w.t. keluarkan untuk kamu. Baginda ditanya: "Apa keberkatan dunia itu?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "keindahan dunia". Lalu seorang bertanya, adakah kebaikan datang dengan membawa kejahatan? Lalu Rasulullah s.a.w. diam sehingga kami menyangka wahyu turun kepadanya kemudian baginda mula menyapu dahinya seraya bersabda: "Manakah orang yang bertanya tadi? Orang itu menjawab: "saya" Abu Said berkata: "Kami berterima kasih kepadanya kerana datangnya jawapan kepada pertanyaan itu. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kebaikan tidak akan datang melainkan dengan kebaikan. Sesungguhnya harta ini hijau dan manis. Sesungguhnya tumbuhan yang keluar pada musim bunga membunuh atau hampir membunuh (mengembungkan) orang yang makan dengan tamak melainkan binatang ternakan yang makan (tumbuhan hijau yang terpilih) sehingga terik perutnya lalu ia menghadap matahari kemudian tercirit-cirit dan kencing kemudian menguyah dan kembali makan. Sesungguhnya harta itu manis, sesiapa yang mengambilnya dengan hak dan meletakkannya pada haknya maka itu adalah sebaik-baik yang membantu. Sesiapa yang mengambilnya bukan dengan haknya seperti orang yang makan tetapi tidak kenyang-kenyang. (Al-Bukhari, Muslim dan Ibn Majah)
3. Kawalan terhadap emosi
3.1 Mengawal cinta dan kasih
Pada umumnya, cinta dan kasih sayang merupakan faktor penting dalam pembentukan hubungan yang baik dalam masyarakat. Ia menjadi pemangkin kepada kerjasama, perpaduan dan tolong menolong sesama mereka. Cinta yang ihklas antara sesama anggota masyarakat akan mendorong mereka melakukan pengorbanan dengan diri dan harta demi keluarga, bangsa, agama dan tanahair.
Walau bagaimanapun cinta kepada manusia dan benda tidak boleh menjadikan seseorang itu lupa mencintai Allah dan lalai daripada taat dan jihad di jalan Allah. Cinta kepada Allah hendaklah didahulukan daripada mana-mana cinta.
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik daripada Rasulullah s.a.w. bersabda: "Seseorang yang memiliki tiga perkara ini akan mendapat kemanisan iman, iaitu kasih kepada Allah dan Rasul melebihi daripada yang lain, dia mengasihi seorang yang lain semata-mata kerana Allah dan dia tidak suka kembali kepada kekufuran seperti mana dia tidak suka dicampakkan ke dalam api. (al-Bukhari dan Muslim)
عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ
Daripada Anas katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak beriman salah seorang daripada kamu sehingga aku lebih dikasihinya dari bapanya, anaknya dan semua manusia. (al-Bukhari dan Muslim)
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحِبُّوا اللَّهَ لِمَا يَغْذُوكُمْ مِنْ نِعَمِهِ وَأَحِبُّونِي بِحُبِّ اللَّهِ وَأَحِبُّوا أَهْلَ بَيْتِي بِحُبِّي قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ إِنَّمَا نَعْرِفُهُ مِنْ هَذَا الْوَجْهِ
Daripada Ibn ‘Abbas katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hendaklah kamu cinta kepada Allah kerana Dia memberikan rezeki kepada kamu daripada ni’mat-ni’mat-Nya, cintailah aku kerana cinta Allah dan cintailah ahli keluargaku kerana cintaku. (al-Tirmizi)
Sifat cinta kepada manusia dan harta tidak boleh dihapuskan tetapi mesti diletakkan pada tempat yang sewajarnya menurut aturan yang telah ditentukan oleh agama.
3.2 Mengawal marah
Rasulullah s.a.w. melarang daripada marah kerana ia bertentangan dengan sifat hilm, yakni kesantunan.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْصِنِي قَالَ لَا تَغْضَبْ فَرَدَّدَ مِرَارًا قَالَ لَا تَغْضَبْ
Daripada Abu Hurairah bahawa seorang lelaki berkata kepada Rasulullah s.a.w.: "Berikanlah pesanan kepadaku. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah kamu marah." Orang itu mengulangi beberapa kali permintaannya. Rasulullah s.a.w. menjawab: "Janganlah kamu marah." (Al-Bukhari)
Rasulullah s.a.w. adalah seorang doktor yang bijaksana yang dapat mengesan penyakit seseorang lalu memberikan satu rawatan yang sesuai dengannya iaitu menahan diri daripada marah. Jelas daripada hadis di atas, masalah utama yang dihadapi oleh lelaki tersebut ialah masalah mudah marah. Oleh kerana ia adalah penyakit utamanya, maka baginda hanya menumpukan rawatannya hanya kepada penyakit ini sahaja. Pengulangan pesanan itu menunjukkan kesan yang bahaya terhadap kesihatan psikologi jika terus berada dalam situasi kemarahan. Secara tidak langsung pengulangan ini mengisyarat kepada kemarahan Allah s.w.t. yang lebih besar lagi dan limpahan-Nya yang lebih banyak lagi. Oleh itu, seseorang itu perlu mengawal emosinya dan jangan biarkan dirinya dikawal oleh emosi.
Al-Khattabi berkata: Jangan kamu marah maksudnya ialah jauhilah sebab-sebab yang membawa kepada kemarahan dan jangan dedahkan diri kepada puncanya. Adapun marah itu sendiri tidak dilarang kerana ia perkara tabiat manusia yang tidak dapat disingkirkan. (Tuhfah al-Ahwazi, jil. 6 hal.155)
Seseorang yang mampu menahan rasa marahnya dikira sebagai orang yang paling kuat kerana ia mampu menjaga dirinya sendiri daripada terdedah kepada bahaya lain yang timbul jika dia melepaskan kemarahannya.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ الشَّدِيدُ بِالصُّرَعَةِ إِنَّمَا الشَّدِيدُ الَّذِي يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang dapat mengalahkan orang lain. Tetapi sebenarnya orang yang kuat itu ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah. (Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w. telah mengalih perhatian umatnya supaya mengukur dengan baik kekuatan seseorang lelaki itu dengan melihat kepada sejauh mana dia dapat mengendalikan emosinya terutamanya sifat marah.
Kemanisan iman akan hilang apabila kemarahan diri seseorang menguasai dirinya. Ini kerana emosinya itu menguasai iman dan aqalnya sehingga ia dapat melihat dengan mata hatinya dan tidak merasa ketenteraman jiwa.
4. Pendekatan mengajarkan sifat-sifat yang penting kepada kesihatan jiwa
4.1. Merasai ketenangan diri
عَنْ سَلَمَةَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ مِحْصَنٍ الْخَطْمِيِّ عَنْ أَبِيهِ وَكَانَتْ لَهُ صُحْبَةٌ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ أَصْبَحَ مِنْكُمْ آمِنًا فِي سِرْبِهِ مُعَافًى فِي جَسَدِهِ عِنْدَهُ قُوتُ يَوْمِهِ فَكَأَنَّمَا حِيزَتْ لَهُ الدُّنْيَا قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ
Daripada Ubaidullah bin Mihsan al-Khatmi katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang berada pada waktu pagi dalam keadaan sejahtera dengan anak isterinya, sihat tubuh badan dan mempunyai makanan untuk hari itu seolah-olah dunia menjadi miliknya. (al-Tirmizi)
Ketenangan dalam diri bukan diukur dengan banyak mana harta yang dimiliki dan berapa ramai yang menyokong tetapi sejauh mana hati seseorang merasai ketenteraman jiwa apabila berada di samping keluarga dalam keadaan sihat wal afiat serta sejauh mana dia meletakkan pergantungannya kepada Allah s.w.t..
4.1.1. Ketenangan diperolehi dengan bertawakkal kepada Allah s.w.t.
عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ أَنَّكُمْ كُنْتُمْ تَوَكَّلُونَ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرُزِقْتُمْ كَمَا يُرْزَقُ الطَّيْرُ تَغْدُو خِمَاصًا وَتَرُوحُ بِطَانًا قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ لَا نَعْرِفُهُ إِلَّا مِنْ هَذَا الْوَجْهِ وَأَبُو تَمِيمٍ الْجَيْشَانِيُّ اسْمُهُ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَالِكٍ
Daripada ‘Umar al-Khattab katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sekiranya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya pasti kamu akan diberikan rezeki seperti mana burung yang keluar pada waktu pagi dengan perut yang kempis tetapi pulang petang dengan perut yang penuh. (al-Tirmizi)
Hadis ini menyatakan sekiranya kita benar-benar yakin bahawa Allah s.w.t. yang menentukan segala-galanya, Dia memberi tanpa ada yang menghalang-Nya dan Dia menghalang tanpa ada yang memberi, kemudian kita berusaha dalam keadaan menyerahkan diri kepada Allah pasti kita akan merasai ketenteraman jiwa. Kalau mendapat keuntungan kita tetap dalam keadaan bersyukur dan kalau gagal tidak akan merasa kecewa dan putus asa. Ini diperolehi apabila dipacakkan keyakinan sepenuhnya kepada Allah s.w.t. Bukan usaha kita yang menghasilkan rezeki tetapi Allah yang memberi. Selain itu, hadis ini mengisyaratkan bertawakkal kepada Allah itu bukan bermaksud meninggalkan kerja dan usaha. Gambaran tentang burung yang terbang mencari rezeki menunjukkan bahawa rezeki diperolehi dengan berusaha dan tidak akan datang tanpa gerak usaha.
4.2. Berdikari
عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ وَكَانَ ثَوْبَانُ مَوْلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يَكْفُلُ لِي أَنْ لَا يَسْأَلَ النَّاسَ شَيْئًا وَأَتَكَفَّلُ لَهُ بِالْجَنَّةِ فَقَالَ ثَوْبَانُ أَنَا فَكَانَ لَا يَسْأَلُ أَحَدًا شَيْئًا
Daripada Thauban katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Siapakah yang dapat memberi jaminan kepadaku bahawa dia tidak akan meminta apa-apa daripada orang ramai dan aku menjaminnya akan mendapat syurga. Thauban menjawab: "Saya." Perawi mengatakan, Thuban tidak pernah meminta sesuatupun daripada mana-mana orang. (Abu Daud)
Hadis ini mengajar kita supaya berdikari dan tidak meminta-minta daripada orang lain. Ini menuntut kita berusaha sendiri dalam mendapatkan sesuatu dan menjadikan kita bebas daripada bergantung kepada orang lain.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَأَنْ يَأْخُذَ أَحَدُكُمْ حَبْلَهُ فَيَحْتَطِبَ عَلَى ظَهْرِهِ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَأْتِيَ رَجُلًا أَعْطَاهُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ فَيَسْأَلَهُ أَعْطَاهُ أَوْ مَنَعَهُ
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Demi yang diriku di tangan-Nya, sekiranya salah seorang daripada kamu mengambil tali kemudian membawa kayu api di atas belakangnnya maka itu lebih baik kepadanya daripada dia menemui seseorang yang diberikan kelebihan harta oleh Allah kepadanya lalu dia meminta-minta daripadanya sama ada orang itu memberi ataupun tidak. (al-Bukhari, Muslim, al-Tirmizi, al-Nasa`i)
Hadis ini mendorong kita menjaga maruah diri dengan berusaha sendiri walaupun terpaksa melalui jalan yang sukar kerana itu lebih baik daripada mendapatkan harta dengan cara yang mudah iaitu dengan meminta-minta. Hadis ini juga menuntut kita supaya menjauhkan diri daripada sifat malas berusaha.
4.3. Yakin pada diri sendiri
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَحْقِرْ أَحَدُكُمْ نَفْسَهُ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ يَحْقِرُ أَحَدُنَا نَفْسَهُ قَالَ يَرَى أَمْرًا لِلَّهِ عَلَيْهِ فِيهِ مَقَالٌ ثُمَّ لَا يَقُولُ فِيهِ فَيَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَقُولَ فِي كَذَا وَكَذَا فَيَقُولُ خَشْيَةُ النَّاسِ فَيَقُولُ فَإِيَّايَ كُنْتَ أَحَقَّ أَنْ تَخْشَى
Daripada Abu Sa’id katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah salah seorang daripada kamu memandang lekeh kepada dirinya sendiri. Sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, bagaimana seorang itu memandang lekeh kepada dirinya sendiri? Rasulullah s.a.w. menjawab: "Dia memandang satu perkara yang sepatutnya dia menegur kerana Allah kemudian dia tidak melakukannya. Maka pada hari kiamat Allah s.w.t. berfirman kepadanya: "Apakah yang menghalang kamu daripada menegur pada sekian sekian perkara? Dia menjawab: "Saya takut kepada manusia." Allah s.w.t. berfirman: "Akulah yang lebih berhak kamu takut. (Ibn Majah)
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَوْ دُعِيتُ إِلَى ذِرَاعٍ أَوْ كُرَاعٍ لَأَجَبْتُ وَلَوْ أُهْدِيَ إِلَيَّ ذِرَاعٌ أَوْ كُرَاعٌ لَقَبِلْتُ
Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah sabdanya: "Jika saya dijemput makan kaki kambing maka saya akan datang. Kalau saya dihadiahkan dengan kaki kambing maka saya akan menerimanya. (Al-Bukhari, al-Tirmizi)
Hadis ini mengajar kita supaya jangan merasa rendah diri dengan pemberian yang tidak seberapa kerana yang diambil kira ialah keikhlasan dan budi yang dilakukan. Apabila kita meletakkan matlamat di hadapan kita iaitu untuk berbudi kepada orang lain, maka akan timbul dalam diri kita keyakinan terhadap apa yang dilakukan.
4.4. Merasa bertanggungjawab
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ كُلُّكُمْ رَاعٍ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ فَالْإِمَامُ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالرَّجُلُ فِي أَهْلِهِ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالْمَرْأَةُ فِي بَيْتِ زَوْجِهَا رَاعِيَةٌ وَهِيَ مَسْئُولَةٌ عَنْ رَعِيَّتِهَا وَالْخَادِمُ فِي مَالِ سَيِّدِهِ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ
Daripada Abdullah bin ‘Umar bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Setiap kamu adalah pemimpin dan ditanya tentang pimpinannya. Imam itu pemimpin dan dia akan ditanya tentang rakyatnya. Seorang lelaki pemimpin dalam keluarganya dan dia akan ditanya tentang jagaannya. Seorang perempuan di rumah suaminya adalah pemimpin dan dia akan ditanya tentang jagaannya dan seorang pembantu harta tuannya adalah penjaga dan dia akan ditanya tentang jagaannya itu. (Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Nasa`i, al-Tirmizi)
عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ فِيمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِمَعْصِيَةٍ فَإِنْ أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلَا سَمْعَ عَلَيْهِ وَلَا طَاعَةَ قَالَ أَبُو عِيسَى وَفِي الْبَاب عَنْ عَلِيٍّ وَعِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ وَالْحَكَمِ بْنِ عَمْرٍو الْغِفَارِيِّ وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
Daripada Ibn ‘Umar katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dengar dan patuh itu adalah kewajipan setiap individu muslim dalam perkara yang disukainya atau tidak selagi dia tidak diperintahkan melakukan maksiat. Jika dia disuruh melakukan kemasksiatan maka tidak ada lagi hak mendengar dan taat. (al-Tirmizi)
Rasulullah s.a.w. menegaskan kewajipan dan tanggungjawab setiap individu untuk taat dan patuh kepada pemimpin dalam batas syariat kerana kepatuhan kepadanya itu akan menjamin kemaslahatan umum yang hanya akan tercapai apabila setiap orang melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلَا يُؤْذِي جَارَهُ وَاسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا فَإِنَّهُنَّ خُلِقْنَ مِنْ ضِلَعٍ وَإِنَّ أَعْوَجَ شَيْءٍ فِي الضِّلَعِ أَعْلَاهُ فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيمُهُ كَسَرْتَهُ وَإِنْ تَرَكْتَهُ لَمْ يَزَلْ أَعْوَجَ فَاسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا
Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan seperti tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik. (al-Bukhari)
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمَرْأَةُ كَالضِّلَعِ إِنْ أَقَمْتَهَا كَسَرْتَهَا وَإِنْ اسْتَمْتَعْتَ بِهَا اسْتَمْتَعْتَ بِهَا وَفِيهَا عِوَجٌ
Perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya. (al-Bukhari).
Hadis ini menuntut setiap suami khususnya untuk merasai bertanggungjawab terhadap isterinya yang sentiasa mendampingi hidupnya. Tanggungjawabnya ialah sentiasa menyediakan nafqah yang dia mampu serta tidak mengabaikan tanggungjawab memberikan ilmu yang mendekatkan diri kepada Allah dan yang lebih penting ialah berakhlak mulia dengan isteri. Walaupun suami mempunyai kedudukan yang lebih daripada isterinya, tidak bermakna dia boleh bertindak sesuka hati.
4.5. Berpendirian teguh
عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَكُونُوا إِمَّعَةً تَقُولُونَ إِنْ أَحْسَنَ النَّاسُ أَحْسَنَّا وَإِنْ ظَلَمُوا ظَلَمْنَا وَلَكِنْ وَطِّنُوا أَنْفُسَكُمْ إِنْ أَحْسَنَ النَّاسُ أَنْ تُحْسِنُوا وَإِنْ أَسَاءُوا فَلَا تَظْلِمُوا قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ لَا نَعْرِفُهُ إِلَّا مِنْ هَذَا الْوَجْهِ
Daripada Huzaifah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah kamu menjadi pak turut yang mengatakan kalau orang ramai melakukan kebaikan maka kami akan melakukan kebaikan jika mereka melakukan kezaliman maka kami akan turut melakukan kezaliman. Tetapi hendaklah kamu menetapkan dirimu, jika orang ramai melakukan kebaikan maka hendaklah kamu melakukan juga jika mereka melakukan kejahatan maka janganlah kamu melakukan kezaliman. (al-Tirmizi)
Kita dituntut supaya menetapkan diri dalam melakukan kebaikan dengan meletakkan diri pada tempat-tempat kebaikan dan menjauhi daripada menjadi pak turut ibarat lalang yang ditiup angin.
4.6. Berpuas hati dan redha dengan qadha dan qadar
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «المؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف، وفي كلٍ خيـر، احرص على ما ينفعـك، واستعن بالله ولا تعجز، وإن أصابك شيء، فلا تقل: لو أني فعلت كذا لكان كذا، ولكن قل: ما قدر الله وما شاء فعل، فإن لو تفتح عمل الشيطان
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada orang mukmin yang lemah, pada masing-masing itu ada kekuatan. Bersungguh-sungguhlah terhadap perkara yang memberi manfaat kepada kamu. Mintalah pertolongan daripada Allah dan jangan lemah. Jika sesuatu menimpa kamu maka jangan kamu kata: kalau aku buat begini tentu akan jadi begini. Tetapi ucapkanlah Allah telah menentukan dan Dia telah lakukan apa yang Dia kehendaki, kerana sesungguhnya `kalau’ itu membuka peluang syaitan bertindak." (hadis riwayat Muslim, Ibn Majah dan Ahmad)
Hadis ini memberi pengajaran bagaimana merawat penyakit-penyakit jiwa bagi menghalang ketidaktepatan, keraguan dan kerisauan. Apabila kita tersasar dari mencapai matlamat yang telah dirancangkan, tidak sepatutnya kita menyesal kerana apa yang kita usahakan itu tetap dikira sebagai usaha kita. Kegagalan seharusnya dibaiki dengan perancangan yang lebih teliti dan efektif, bukan dengan cara mengandai-andaikan apa yang telah berlalu. Seorang mukmin yang kuat imannya akan sentiasa redha dengan ketentuan yang berlaku kepadanya dan dia tidak merasa kecewa dan putus asa untuk membaiki kelemahannya.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ
Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya: "Bukanlah kekayaan itu dengan banyak harta benda tetapi kekayaan itu adalah kekayaan jiwa". (Al-Bukhari, Muslim, Ibn Majah)
عَنْ الْمِسْوَرِ بْنِ مَخْرَمَةَ أَنَّهُ أَخْبَرَهُ أَنَّ عَمْرَو بْنَ عَوْفٍ الْأَنْصَارِيَّ قال : قال رسول الله صلى الله عليه فَوَاللَّهِ لَا الْفَقْرَ أَخْشَى عَلَيْكُمْ وَلَكِنْ أَخَشَى عَلَيْكُمْ أَنْ تُبْسَطَ عَلَيْكُمْ الدُّنْيَا كَمَا بُسِطَتْ عَلَى مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ فَتَنَافَسُوهَا كَمَا تَنَافَسُوهَا وَتُهْلِكَكُمْ كَمَا أَهْلَكَتْهُمْ
Daripada al-Miswar bin Makhramah bahawa Amar bin’Auf al-Ansari memberitahunya bahawa Rasululah s.a.w. bersabda: "Demi Allah bukan kefaqiran yang aku takut menimpa kamu tetapi aku bimbang kalau dunia dibentangkan kepada kamu seperti mana umat yang terdahulu sebelum kamu lalu kamu saling mengejarnya seperti mana mereka saling mengejarnya dan membinasakan kamu sebagaimana ia membinasakan mereka. (Al-Bukhari dan Muslim)
عَنْ سَعْدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ سَعَادَةِ ابْنِ آدَمَ رِضَاهُ بِمَا قَضَى اللَّهُ لَهُ وَمِنْ شَقَاوَةِ ابْنِ آدَمَ تَرْكُهُ اسْتِخَارَةَ اللَّهِ وَمِنْ شَقَاوَةِ ابْنِ آدَمَ سَخَطُهُ بِمَا قَضَى اللَّهُ لَهُ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ لَا نَعْرِفُهُ إِلَّا مِنْ حَدِيثِ مُحَمَّدِ بْنِ أَبِي حُمَيْدٍ
Daripada Sa’d katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Termasuk dalam kebahagiaan bagi manusia ialah redhanya dengan apa yang telah ditentukan Allah untuknya dan termasuk dalam kecelakaan (tragedi) manusia ialah dia tidak melakukan istikharah kepada Allah. Dan di antara kecelakaan manusia ialah kebenciannya terhadap apa yang telah ditentukan Allah untuknya. (al-Tirmizi)
4.7. Bekerja dengan tekun dan berkesan
عن عائشة ، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : « إن الله جل وعز يحب إذا عمل أحدكم عملا أن يتقنه »
Daripada ‘Aishah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah s.w.t. suka apabila salah seorang daripada melakukan sesuatu kerja dia menekuninya. (Al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman)
4.8. Mengambil berat akan kesihatan fizikal
Rasulullah s.a.w. mengajarkan umatnya supaya menjaga kesihatan dengan melakukan aktiviti fizikal supaya mendapat kekuatan. Baginda menggalakkan mereka supaya terlibat dengan memanah dan menunggang kuda.
عَنْ أَبِي عَلِيٍّ ثُمَامَةَ بْنِ شُفَيٍّ أَنَّهُ سَمِعَ عُقْبَةَ بْنَ عَامِرٍ يَقُولُا سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ عَلَى الْمِنْبَرِ يَقُول وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ } أَلَا إِنَّ الْقُوَّةَ الرَّمْيُ أَلَا إِنَّ الْقُوَّةَ الرَّمْيُ أَلَا إِنَّ الْقُوَّةَ الرَّمْيُ
Daripada Abi ‘Ali Thumamah bin Syufai bahawa beliau mendengar ‘Uqbah bin ‘Amir berkata, saya mendengar Rasulullah s.a.w. di atas mimbar membaca ayat:
{وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ}
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan. Ketahuilah kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah kekuatan itu memanah, ketahuilah kekuatan itu memanah."
(Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah dan Ahmad)
Hadis ini menekankan persediaan kekuatan dengan cara latihan yang bersungguh-sungguh, kepintaran, kelicikan dan kekuatan anggota tubuh badan mengendalikan senjata. Kekuatan yang diperlukan oleh satu zaman berbeza dengan zaman yang lain. Perubahan zaman diambilkira dalam keadaan ini. Apa yang penting kekuatan dalam peperangan pada zaman ini melibatkan penggunaan teknologi dan kepintaran. Hadis ini menyebutkan memanah sebagai isyarat kepada penting penentangan musuh dari jarak yang jauh. Ini kerana memanah dapat menyelamatkan diri daripada terdedah kepada serangan. Ini menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah mengisyaratkan kepada penciptaan senjata yang boleh dilancarkan dari jauh.
عَنْ مُعَاذِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ خُبَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَمِّهِ قَالَ كُنَّا فِي مَجْلِسٍ فَجَاءَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَى رَأْسِهِ أَثَرُ مَاءٍ فَقَالَ لَهُ بَعْضُنَا نَرَاكَ الْيَوْمَ طَيِّبَ النَّفْسِ فَقَالَ أَجَلْ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ ثُمَّ أَفَاضَ الْقَوْمُ فِي ذِكْرِ الْغِنَى فَقَالَ لَا بَأْسَ بِالْغِنَى لِمَنْ اتَّقَى وَالصِّحَّةُ لِمَنْ اتَّقَى خَيْرٌ مِنْ الْغِنَى وَطِيبُ النَّفْسِ مِنْ النَّعِيمِ
Daripada Mu’az bin Abdullah bin Khabib daripada ayahnya daripada pakciknya katanya, kami berada dalam satu majlis lalu datang Rasulullah s.a.w. dengan kesan air di kepalanya dan salah seorang daripada kami berkata: "Kami melihat tuan hari ini dalam keadaan jiwa yang baik." Rasulullah s.a.w.: "Memang, Alhamdulillah, syukur pada Allah." Kemudian ada orang yang bercerita tentang kekayaan lalu baginda bersabda: "Tidak mengapa dengan kekayaan dan kesihatan bagi mereka yang bertaqwa dan jiwa yang baik termasuk dalam ni’mat." (Ibn Majah)
Antara doa yang sering diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. supaya dibacakan di waktu pagi ialah:
اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بَدَنِي اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي سَمْعِي اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بَصَرِي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ
Ya Allah, berilah kesejahteraan kepadaku pada pendengaranku, Ya Allah berilah kesejahteraan kepadaku pada penglihatanku, tiada tuhan melainkan Engkau. (Abu Daud)
عَنِ الْعَبَّاسِ قَالَ أَتَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ عَلِّمْنِي شَيْئًا أَدْعُو بِهِ فَقَالَ سَلْ اللَّهَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ قَالَ ثُمَّ أَتَيْتُهُ مَرَّةً أُخْرَى فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ عَلِّمْنِي شَيْئًا أَدْعُو بِهِ قَالَ فَقَالَ يَا عَبَّاسُ يَا عَمَّ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَلْ اللَّهَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ
Daripada al-‘Abbas katanya, saya menemui Rasulullah s.a.w. dan saya berkata: "Wahai Rasulullah ajarkanlah kepada saya sesuatu yang dapat saya berdoa dengannya." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Mintalah daripada Allah keampunan dan kesejahteraan. Kata al-‘Abbas, saya datang menemui Rasulullah pada kali yang lain dan berkata: "Wahai Rasulullah ajarkanlah kepada saya sesuatu yang dapat saya berdoa dengannya." Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: "Wahai bapa saudara Rasul Allah s.a.w. mintalah daripada Allah kesejahteraan di dunia dan di akhirat." (Al-Tirmizi, Musnad Ahmad)Rasulullah s.a.w. mengajarkan doa ini kepada al-‘Abbas, bapa saudaranya yang telah meminta sebanyak tiga kali menunjukkan pentingnya nilai kesihatan dan tiada doa yang sama sepertinya. Doa ini bermaksud supaya Allah menghindarkan daripada segala kemudaratan dan gangguan di samping agar Dia memberikan segala kebaikan kepada kita. Termasuk dalam permintaan hamba ialah supaya dihindarkan daripada kegusaran, kesedihan, kemurungan dan kegelisahan dengan d

3 comments:

SRISUFI said...

salam saudara omar....salam kenal

sarah zahrah said...

alamak panjangnya...terteleng-teleng feya baca...subhanallah...ya Allah...
peliharalah kesihatanku ya Allah...
agar aku masih mampu menghirup nikmat udaramu...dan share blog dgn saudara seagamaku ini...saudara omar...amin...

Izzwan Salleh said...

salm saudara omar,
slam knal...
YA ALLAH panjgknlh umur saudara omar,ku dan umt2 islam yg len..AMIN